Site icon Malaysia now

[VIDEO] “Mahal Nak Buat Balik” – Gadis Terpaksa Selongkar Tong Sampah Cari Retainer Gigi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi orang yang pernah memakai braces, pasti tahu betapa pentingnya retainer untuk gigi mereka

Retainer dipakai untuk orang yang telah selesai memakai braces supaya susunan gigi akan kekal dan tidak kembali seperti yang asal.

Retainer ini akan digunakan 24 jam kecuali makan untuk 3 bulan yang pertama. Tidak dinafikan, pembuatan retainer ini juga mahal kosnya. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis terpaksa selongkar sampah untuk mencari retainer telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@drrwhed._

terpaksa selongkar tong sampah food court aeon nilai @myseraaaaaaaaaaa #bittertruth #fypdongggggggg

original sound – manishhhhhhh – manishhhhhhh

Sanggup selongkar semua sampah untuk cari retainer

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis bersama rakannya sedang makan di foodcourt sebuah pusat beli-belah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang gadis terpaksa selongkar sampah untuk mencari retainernya kerana dia terbuang selepas makan. Pak cik guard siap memberikannya plastik tangan untuk dia selongkar.

Setelah selesai selongkar dua tong sampah, akhirnya gadis itu jumpa kembali retainernya. Dia juga mengaku dia sanggup selongkar tong sampah kerana kos retainer yang sangat mahal.

Image via @drrwhed._ (TikTok)

“Saya pernah kena dekat kenduri kecoh cari sambil jerit gigi aku hilang” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengaku retainer memang sangat mahal dan kadangkala sering lupa memakainya. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 954K tontonan, 72K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @drrwhed._ (TikTok)

Image via @drrwhed._ (TikTok)

Image via @drrwhed._ (TikTok)

Image via @drrwhed._ (TikTok)

Image via @drrwhed._ (TikTok)

Boleh nangis weh kalau hilang! :’)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: