Bila sudah mempunyai rumah idaman sendiri pastinya kita ingin rumah tersebut kelihatan cantik dengan dekorasi pilihan untuk kepuasan sendiri
Kebiasaannya aktiviti menghias rumah selalu sinonim dengan kaum hawa khususnya mereka yang bergelar suri rumah.
Memastikan rumah dalam keadaan kemas dan tersusun adalah perkara utama mereka dalam menjaga kebersihan rumah.
Tetapi, lain pula dengan perkongsian yang tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok memuat naik video mengenai dekorasi rumahnya yang telah diubah suai oleh ibunya.
@wawazaini03 Deko umah mak, bole lah ambik ilham untuk deko kat luar rumah. Part 2 dalam rumah stay tuned#t#iktokmalaysia #t#iktok #s#isredahje #t#rendingnow #f#yp
Kawasan luar rumah seperti dalam taman bunga
Menerusi perkongsian video oleh gadis bernama Wawa itu, dia menunjukkan halaman kawasan pagar rumahnya yang dipenuhi dengan bunga.
Difahamkan, ia adalah seratus peratus dihias sendiri oleh ibunya yang meminati aktiviti dekorasi sejak zaman anak dara lagi.
Wawa juga menganggap dengan hasil dekorasi persekitaran rumahnya itu, dia tidak perlu lagi pergi ke ladang bunga untuk mendapatkan gambar dan suasana yang cantik kerana sekarang ia telah pun berada dirumahnya.
Hiasan basikal lama pula telah dicat semula oleh ibu Wawa dengan warna putih untuk mencantikkan lagi halaman rumah mereka.
Dekorasi dalam rumah turut dihiasi dengan pelbagai jenis bunga
Bukan saja menghias di luar halaman rumah, Wawa juga berkongsi dekorasi di dalam rumahnya yang juga dipenuhi dengan macam-macam jenis bunga.
Malah, dekorasi itu juga digabungkan dengan hiasan modern dan simple.
Apa yang lebih menarik, dapur rumah juga telah dhias oleh ibunya dan menambahkan beberapa bunga di situ.
Lihat video penuh ini di bawah:
@wawazaini03 Mak ku yang suka deko, baru luar umah. Belom dalam lagi, nak part 2 tak? ##sisredahje ##tiktok ##tiktokmalaysia
@wawazaini03 Part 2 – Atas permintaan ramai, Wawa buat part 2. Maaf ye video cepat sgt,60 saat ja maksimum##sisredahje ##trendingnow ##fyp ##tiktokmalaysia ##deko
@wawazaini03 Part 3, last part deko dapur mak Wawa ##tiktokmalaysia ##deko ##tiktok ##fyp ##sisredahje ##trendingnow
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut teruja melihat dekorasi yang telah dihasilkan oleh ibu gadis berkenaan dan menganggap ibunya seorang yang kreatif
Lawa betul rumah dia. Boleh jadi spot untuk OOTD!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!