Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila tiba saja bulan Ramadan pasti semua orang berebut-rebut mahu mengumpul pahala dan membuat banyak ibadah
Namun, antara salah satu cabaran semasa bulan Ramadan ini adalah apabila tibanya waktu untuk bersahur. Ramai yang gagal dalam bab ini kerana liat untuk bangun.
Jika dilihat kebelakangan ini juga banyak video aksi bagaimana seseorang itu mahu mengejutkan rakan atau ahli keluarga untuk bangun bersahur.
Salah satu video yang tular dan dikenali ramai adalah Mimi Peri yang berasal daripada Indonesia. Videonya yang mengejutkan orang untuk bangun sahur itu ternyata masih digunakan sehingga sekarang.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gunakan video Mimi Peri untuk prank rakan bangun sahur
Video tersebut telah menjadi bahan sekumpulan lelaki untuk mengenakan rakan mereka yang tidur lena sehingga tidak mahu bangun sahur.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan seorang lelaki sedang lena tidur. Kemudian rakannya memasang video klip Mimi Peri yang mengejutkan sahur dan diletakkan atas badannya.
Apa yang lebih melucukan, sebaik saja rakannya membuka video itu, lelaki berkenaan terus bangun terkejut sambil matanya membulat.
Lihat video penuh itu di bawah:
@bng_naa Sumpah ngakak ##fyp ##sahur ##RamadanBersamaAQUA ##foryou
“Bangun-bangun terus duduk alam Mimi Peri” – Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat reaksi lelaki tersebut yang seolah-olah terkejut selepas mendengar suara Mimi Peri itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.3M views, 477.7K likes dan 13.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Aduhai, berdekah betul tengok reaksi terkejut member dia tu 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!