Site icon Malaysia now

[VIDEO] “Kisah Benar” – Lelaki Ini Kongsi Keadaan Bilik Penyewa Bersepah & Dipenuhi Sampah

Tempat tinggal tentunya menjadi perkara paling penting untuk kita agar dapat berteduh dan berehat

Disebabkan harga rumah yang sangat mahal pada masa ini ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang tidak mampu membeli rumah.

Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menyewa rumah saja, penyewa ini pula kebanyakan terdiri daripada dalam kalangan pelajar, golongan bujang dan juga tidak kurangnya yang sudah berkeluarga.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki telah berkongsi keadaan bilik penyewanya yang sangat kotor dan bersepah sehingga tidak nampak lantai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bilik sewa dibanjiri dengan sampah sampai tak nampak lantai

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan lelaki itu menunjukkan keadaan bilik yang disewa berada dalam keadaan kotor dan bersepah sehingga menimbulkan marahnya.

Tidak hanya itu, lelaki berkenaan turut membebel kerana tidak menyangka walaupun penyewa itu belajar tinggi dan mempunyai kerja yang bagus tetapi perangainya masih berada di tahap yang bawah.

Dia juga meluahkan rasa sedih ketika melihat keadaan bilik tersebut. Malah, bilik itu sangat bersepah sehingga tidak menampakkan lantai bilik berkenaan.

Image via @FLjasmy (Twitter)

“Ini kalau gelandangan masuk pun dia keluar balik” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terkejut melihat keadaan bilik terbabit.

Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan bagaimana penyewa itu hidup dalam keadaan bilik yang kotor dan bersepah seperti itu. Ada juga yang berpendapat mungkin penyewa itu mengalami gangguan mental.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 138.9K views, 2,037 retweets dan 1,541 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kotornya bilik dia, macam mana dia masih boleh tinggal dalam keadaan macam tu 🙁

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: