Site icon Malaysia now

[VIDEO] Kawan Ajak Lepak Bertiga, Tapi ‘Dipulau’ Pula Sampai Jalan Belakang Seorang Diri

Sering kita dengar golongan perempuan kebiasaannya akan memiliki ramai kawan sehingga boleh membentuk satu group yang akan pergi bersama ke mana sahaja

Tetapi, ada sesetengahnya memilih untuk memiliki kawan yang tidak negitu ramai dan hanya yang betul-betul rapat saja selesa untuk keluar.

Dalam tidak sedar, sebenarnya mengutamakan kawan yang lain ini boleh mengundang rasa terguris hati kerana terasa dengan tingkah laku kita.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini di laman sosial TikTok apabila dia meluahkan rasa sedih apabila ‘diabaikan’ oleh rakannya ketika keluar bersama.

Gambar sekadar hiasan.
Image via FB Group King

Keluar bertiga tapi rakan ‘pulau’ dan jalan berdua

Perkara berkenaan sempat dirakam oleh gadis itu semasa mereka bertiga sedang jalan bersama.

Namun, dua orang lagi rakannya itu terus berjalan ke depan bersama dan meninggalkannya berjalan seorang diri di belakang.

Menerusi video perkongsian itu dilihat si tudung coklat dan hitam sedang berjalan sama di depan sambil membuat Instagram story tanpa mengajak sekali rakannya yang di belakang.

Janji untuk pakai pakaian dan beg yang sama tanpa pengetahuan rakan

Bukan itu saja, malah mereka berdua kelihatan memakai pakaian dan beg tangan yang agak sama kerana sudah berjanji tanpa pengetahuan si rakan yang lagi satu.

Dia kemudian meluahkan rasa kecil hati dan seperti tidak dihargai sebagai sahabat walaupun mereka keluar bersama.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 3 juta tontonan, 353.1k likes dan 18k comments.

@alvieeena

semoga gak lewat fyp mereka

Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga dilihat rata-rata netizen mula berkongsi kisah masing-masing dan faham perasaan yang dihadapi gadis berkenaan

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Image via @alvieeena (TikTok)

Hal kawan-kawan ni memang boleh buat gaduh. Jadi jagalah hati mereka yang ada susah dan senang dengan korang okay 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: