Akhir-akhir ini aktiviti berbasikal sering dilihat menjadi pilihan terutamanya dalam golongan anak muda
Aktiviti beriadah seperti ini sangat digalakkan kepada umum kerana dapat membantu meningkatkan stamina dalam diri.
Malah, aktiviti ini sudah menjadi trend pada masa kini. Kita sendiri boleh lihat banyak geng basikal di merata-rata tempat sekarang.
Tetapi, lain pula dengan kisah lucu ini yang dihadapi oleh sekumpulan geng berbasikal apabila video mereka bersama seorang budak mencuri tumpuan ramai.
Image via Berita Harian
Nampak gigih kayuh basikal masa nak naik bukit
Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan geng basikal sedang beriadah.
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka agak struggle untuk mengayuh basikal yang ketika itu sedang menaiki bukit sebelum berlaku satu insiden yang lucu.
Muncul seorang budak selamba potong dan kalahkan mereka
Namun, satu insiden melucukan berlaku ketika mereka sedang menaiki bukit apabila seorang budak lelaki berbaju biru muncul dan memecut mereka.
Dia juga memotong mereka tanpa menunjukkan sebarang tanda keletihan malah terus maju ke depan.
Lihat video penuh ini di bawah:
Tapaw. Aku kalau jadi 2 orang belakang tu, aku jual beskal aku. pic.twitter.com/nKmDb1J4lo
— KMZ (@KMZ_santai) December 6, 2020
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen memberi reaksi terhibur mereka melihat kejadian tersebut
i think siapa yang biasa bawk basikal dr kecik msti tau teknik naik bukit. Cara abang” ni salah sikit sbb dia memerlukan tenaga yg banyak untuk naik bukit dan kita akn rse berat, sepatutye tiap kali naik bukit kita kne buat cara adik tu (zikzaq) baru rse ringan & cpt .
— ronaldo (@heykeyya) December 7, 2020
kalau bawak basikal nak bukit kena naik cara zigzag…yang ni tak salah la tapi waste energy kat satu bukit buatpe kan..
— ɴᴀ’ᴀᴍ (@naamjelah) December 7, 2020
Tenaga budak ni lain macam sikit..Anak aku kayuh beskal dia yg takde gear selamba jer laju naik bukit.Aku puas dok asjust gear kasi ringan kayuh.. Slow jer naik..
— Mohd Azad Amir (@mdazad73) December 6, 2020
Aku kalau kayuh sikal naik bukit tak pernah tukar gear, hantam je, lepas tu rasa nak mampos
— IsmailHD (@IsmailHD91) December 7, 2020
Boleh jual dah bang basikal tu.. Bli mcm adik tuuuj
— zainal (@Zainalabidin685) December 6, 2020
Budak tu perli kaw kaw, dia baru nak bukit sikit. Tak rasa lagi kayuh 20 30kilo lagi, naik bukit rasa apa
— azam (@theazamansor) December 7, 2020
Tak aci budak tu tak duduk atas saddle memanglah laju
— velociraptor (@lalizam_) December 7, 2020
Suruh budak tu ikut sampai garisan penamat tengok sape sampai dulu
— Hamizan (@hamizansam) December 8, 2020
budak tu kayuh angkat bontot dia memang lah dia laju. 2 orang tu kayuh bontot stay je
— nosyo (@AmmxrNaim) December 7, 2020
Dari segi kemaluan mase tu mmg malu,tp klu dr segi kudrat,bdk bdk mmg lain macam powernya.tambah plak adik tu pon mmg nk celen ng abg rb tu..dlm hati adik”aku bmx jer x de gear lg laju..
— #O¤h T4n4h4IRkU_@™ (@ohhtanahairku71) December 7, 2020
Aku kalau jd 2 org blkng tu aku balik jln kaki….
— Nur Alliyah Sanusi (@SanusiNurbaya) December 8, 2020
berlagak noh adik basikla tu
— Fawwaz (@fawwaz_mustaine) December 7, 2020
Selamba je budak tu pecut ya. Memang terciduklah geng basikal tengok.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!