Site icon Malaysia now

[VIDEO] Gelagat Lelaki Ini Mahu Pergi ‘Berperang’ Dengan Ayam Ternakan Undang Ketawa Ramai

Jika anda biasa dengan kawasan kampung, pasti anda sering melihat haiwan peliharaan dan ternakan yang diusahakan di sana

Untuk memelihara haiwan ternakan, anda perlu mempunyai tempat yang luas dan agak jauh daripada kawasan bandar.

Namun, macam-macam aktiviti yang menarik boleh dilakukan semasa menjaga haiwan-haiwan ternakan ini.

Begitu juga dengan video yang telah dikongsikan di laman Twitter baru-baru ini apabila gelagat seorang lelaki bersama ayam ternakan miliknya mencuri tumpuan ramai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Bulawayo24

Tiru gaya aksi dalam filem seperti mahu pergi berperang

Menerusi video perkongsian berkenaan, lelaki tersebut sedang berada di kawasan ladang ayam ternakannya.

Dia dilihat berada ditengah-tengah sambil dikelilingi oleh ayam-ayam miliknya dengan melakukan gaya aksi seperti sebuah filem dalam scene berperang.

Lelaki berkenaan kemudian menjerit seperti mahu berperang sambil menghulurkan kayu ke langit dan berlari ke depan.

Ayam-ayam turut ikut berlari bersama lelaki itu walaupun tak faham

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila ayam-ayam tersebut mengikut dia berlari walaupun mereka tidak faham apa-apa.

Aksi ayam-ayam tersebut yang kelihatan seperti askar ternyata membuat ramai geli hati.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah meraih 6.5k retweets dan 9.5k likes.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur melihat video berkenaan

Ayam tu pun ikut je cakap lelaki tu ya 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: