Site icon Malaysia now

[VIDEO] Gadis Ini Cuba Tips Viral Elakkan Mata Pedih Ketika Potong Bawang. Menjadi!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bawang merupakan satu jenis bahan utama yang penting dalam semua jenis masakan

Ketika meal prep, mesti ada saja bawang yang perlu kita hiris dan potong. Tidak kiralah bawang merah, bawang besar atau bawang Holland, pastinya mata akan terasa pedih dan berair ketika hiris. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tips dan petua untuk elakkan mata berair ketika potong bawang mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@al1afaiz

stitch with @MamaInTheKitchen Yeay finally lepas ni if sesiapa nak aku potong bawang aku onzzz fyp foryoupage

original sound – Alia – kittyyh3110

Basahkan tisu dan letak di tepi ketika potong bawang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @al1afaiz di laman TikToknya, kelihatan dia sedang mencuba tips ketika potong bawang di dapur. 

Apa yang lebih curi tumpuan adalah apabila dia menggunakan tisu dan basahkan tisu tersebut. Kemudian, tisu berkenaan diletakkan di tepi ketika memotong bawang besar. Ternyata, tips itu menjadi kerana matanya tidak pedih dan berair. 

Lihat video petua tersebut di bawah: 

@mamainthekitchen

This really helps !! #lifehack #kitchenhacks #hacks #hack #tiktokhacks #food

Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

“Aku sorang je ke yang pakai face shield” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan tips tersebut. Malah, ramai juga yang ingin mencuba dan memberi pendapat masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 518K tontonan, 54K tanda suka dan 263 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @al1afaiz (TikTok)

Image via @al1afaiz (TikTok)

Image via @al1afaiz (TikTok)

Image via @al1afaiz (TikTok)

Bagus kan tips ni? Haa, lepas ni tak perlu pakai helmet dah tau 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: