Site icon Malaysia now

[VIDEO] Feeling Peluk Member Baru Kahwin, Sekali Tak Sedar ‘Braces’ Tersangkut Dekat Baju

Setiap kali kawan baik yang mahu berkahwin, pastinya kita akan merasa sedih dan bahagia untuk mereka

Lebih-lebih lagi jika kita tahu bagaimana kisah hubungan cinta kawan kita itu, sudah pasti kita tumpang bahagia apabila mereka akhirnya mendirikan rumah tangga

Acara bersalaman dan berpelukan di majlis perkahwinan kawan sudah tidak asing lagi kerana itu merupakan detik paling indah buat si pengantin apabila kawan-kawan datang untuk memeriahkan majlis mereka.

Tetapi lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila videonya tular ketika dia memeluk kawannya di majlis persandingan dan menjadi perhatian netizen.

Lihat video penuh di bawah:

@zhertayron

Awas ya jangan tersangkut bulu di braces ya ##bracesfilter ##braces ##pendakapgigi

original sound – Reza Novella

Tak sedar braces tersangkut pada baju songket member masa tengah peluk

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu sedang memeluk kawannya yang baru saja berkahwin dan memakai baju songket berwarna hijau.

Namun lain pula yang jadi apabila semasa mereka sedang berpelukan, braces lelaki itu tiba-tiba tersangkut pada baju songket kawannya sehingga terpaksa dibantu member yang lain untuk memisahkan bracesnya yang tersangkut dengan benang baju songket kawannya itu.

Walau bagaimanapun, akhirnya mereka berjaya mencabut bracesnya dan semua ketawa dengan situasi ketika itu termasuklah pengantin lelaki tersebut.

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 388.4K tontonan dan 18.9K tanda suka di TikTok

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan video lawak spontan itu dan ada juga yang pernah mengalami situasi sama seperti lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Image via @zhertayron (TikTok)

Tak pasal-pasal buat drama spontan dekat majlis kawan. Lawaklah! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: