Sudah pasti jodoh dan ajal itu adalah satu perkara rahsia yang telah ditetapkan oleh Allah buat hambanya
Jika sebelum ini anda pernah bertemu dengan orang yang salah, jangan pernah menyesal. Kerana segala yang Allah hadirkan dalam kita mempunyai hikmah yang tertentu.
Bertemu dengan orang yang βsalahβ mungkin akan membuatkan diri anda terluka tetapi percayalah suatu hari nanti pasti anda akan dipertemukan dengan seseorang yang tepat.
Lain pula dengan kisah yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi kisah kehidupan rumah tangganya.
Pernah berkahwin selama 3 tahun sebelum berpisah
Menerusi video perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Fara Azimie itu berkongsi kisah hidupnya di laman tersebut.
Dia sebelum itu pernah berkahwin pada tahun 2015 bersama seorang lelaki namun berakhir di tengah jalan dan memutuskan untuk berpisah selepas 3 tahun.
Hasil daripada rumah tangga itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Cinta kembali berputik selepas setahun berpisah
Setelah hampir setahun berpisah dengan bekas suami, ternyata cinta mereka kembali berputik.
Dia sendiri tidak menyangka akhirnya berjodoh semula dengan bekas suami. Dia juga meluahkan rasa syukur atas aturan yang Allah berikan untuk hidupnya.
@faraazimie12 SINGLE MOM jangan sedih , ditinggalkan / takdihargai Allah is the best planner . Alhamdulillah aku pun pernah lalui ##shoulbeme ##fypdongggggggg
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut gembira melihat wanita itu kembali di samping keluarga tersayang dan mendoakan untuknya
Indahnya perncangan Allah untuk kita. Semoga berkekalan π
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!