Site icon Malaysia now

[VIDEO] Baru Lepas Keluarkan Duit Sekali Terperangkap Sebab Pintu Premis ATM Tutup Sendiri

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Premis mesin ATM adalah tempat penting yang menjadi kunjungan orang ramai jika mahu keluarkan duit mereka

Tambahan pula jika masa itu adalah waktu gaji, memang boleh penuh premis ATM orang beratur menunggu giliran.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki tiba-tiba terperangkap di sebuah mesin ATM selepas mengeluarkan duitnya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jangan keluarkan duit lepas 8pm kalau taknak kene macam ni. Hati2 guys. Speechless weh pic.twitter.com/9vpPHr5aAn

— MyJoe Store (@myjoe_) June 19, 2021

Baru lepas keluarkan duit sekali tak dapat buka pintu premis

Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki baru saja mengeluarkan wang di sebuah premis ATM. Namun begitu, dia telah melalui satu pengalaman cemas yang tidak dijangka.

Dalam video itu, lelaki berkenaan cuba untuk membuka pintu premis selepas selesai mengeluarkan wang. Tetapi, dia mendapati pintu tersebut tidak boleh ditolak membuatkan dia sedikit cemas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bukan setakat pintu saja tidak boleh ditolak, secara tiba-tiba turun tirai besi dari atas pintu membuatkan dia mengundurkan diri dari memegang pintu terbabit. Difahamkan, dia akhirnya dapat dikeluarkan selepas beberapa minit terkurung di situ.

Image via @myjoe_ (Twitter)

Image via @myjoe_ (Twitter)

“Okay dah take note takut jadi macam ni” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut. Malah, ada yang risau bagaimana keadaan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 167.6K views, 4,778 likes dan 5,200 retweets di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

HAHAAHA bapak dgn adik2 aku pernah terperangkap mcm ni kat BSN Sekinchan.

— H.A.W.A (@NurulHawa_) June 19, 2021

Dah tu macam mana keluar? Tunggu esok pagi?

— Lah bangsai dagin (@tey_aih) June 20, 2021

mati2 aku ingat ada nak kena samun ke apa rupanya kena culik dgn pintu automatik tu. maaf nk ksian tp tergelak

— Beutiful Wreck (@shxzlnshmy) June 20, 2021

Lagu tu memang kena betul

— AK. #savePalestine (@mohdelya) June 19, 2021

Teringat plak aku kerja bank dulu, shift malam. Pukul 1 kot time tu, member dapat call customer stuck macam ni laa dekat branch. Yang call tu plak polis. Polis call kitaorang mintak tolong

— syerie_cassano (@zareisya_an) June 19, 2021

hahahah aku baru tahu okay dah take note takut jadi macamni jugak

— (@Shapijakan) June 20, 2021

kena pula video dengan lagu

— Melin (@_huxem_) June 19, 2021

Wahh. Betul kena lockdown eh

— BROTHER BULL (@shzwnshh_s) June 20, 2021

Lagu main peranan beb

— Sue Rozlan (@Nursuhada_NSR) June 20, 2021

Modern story of batu belah batu bertangkup

— Mari bersama suntik vaksin (@Tok_Tek) June 21, 2021

WEH HAHAHAHA macam pencuri siak time tu

— hana (@haslhans_) June 20, 2021

Mesti dia cuak habis masa tu. Siapa pernah kena macam ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: