Dapat belajar bersama ibu bapa sudah semestinya aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak
Sesi pembelajaran pula jadi semakin menyeronokkan apabila ibu bapa melakukan aktiviti yang mereka suka sambil belajar.
Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah buku belajar untuk mengenal haiwan. Buku ini adalah antara buku pembelajaran awal yang gemar dibaca oleh kanak-kanak kerana mereka dapat melihat rupa haiwan yang comel di dalam buku tersebut.
Namun, lain pula yang terjadi dengan video perkongsian di laman Twitter ini apabila seorang kanak-kanak menangis setelah mendengar bunyi haiwan daripada bapanya.
Image via The Asian Parent
Minta anak cuba teka nama haiwan yang berada dalam buku
Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak berkenaan, semasa itu si anak sedang belajar bunyi haiwan dengan bapanya.
Malah, bapanya juga turut membuat satu persatu bunyi haiwan yang berada di dalam buku itu sehinggalah bunyi lembu dan meminta anaknya untuk mencari bunyi haiwan apa yang dia lakukan.
Bunyi lembu daripada bapa menakutkan sampai anak mula menangis
Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila kanak-kanak itu sedang menyelak muka surat di dalam buku dan cuba mencari haiwan yang dimaksudkan oleh bapanya, timbul bunyi lembu yang agak ‘menyeramkan’ dibuat oleh bapanya sehingga dia menangis.
Bunyi lembu yang kedengaran kuat dan agresif itu telah membuatkan kanak-kanak berkenaan takut sebelum menangis dan pergi ke ibunya.
Daddynye pun over nau buat bunyi cow pic.twitter.com/f2rvEjVuau
— Ayiya (@twt_alia) December 16, 2020
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet turut terhibur melihat tindakan bapa tersebut menyakat anaknya dan kasihan dengan kanak-kanak berkenaan
Ahh kau iyam, time sedih g kat mummy. Time happy g kat daddy
— Afiq (@AfiqMahadhir) December 16, 2020
Wehhhhh aku tergelakkkkkk hahahahhahah bongok nya an sampai nangis budak tu
— ∞ (@xaliyahz) December 16, 2020
Saya pon takut jadinya
— anitsu (@ansf2179) December 17, 2020
Takut baru nak cari mummy hahahaha
— xahira (@crispyb2uty) December 16, 2020
weh hahahahahhah kecik2 dh belajar sampai nangis2 hahahah
— nisa (@anisahazri) December 16, 2020
Macam siren ambulance ha bunyi kalau aku pun takut
— عيراء (@LaaeyraxX) December 17, 2020
Sian potong mood dia nk baca buku tu hhehe Daddy dh bbunyii mcm skalii tu ada la sebab tuuuuu..nak air kopi ke apaaa tu
— พายุจะหยุด iG:ohmeelo (@ohmeelo) December 17, 2020
Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Nak study ada bunyi lembu susah nak fokus
— meer (@emjayyy_34) December 16, 2020
Rasa nak marah daddy dia sampai hati buat bunyi lembu sampai iyam nanes
— z (@irdiebaby) December 17, 2020
Keciannn kecik kecik dah stress belajar
— chegu linda (@hlsnd_) December 16, 2020
dah nak nangis pun jawab lagi haiwan apa
— Ein (@yinndann) December 16, 2020
alolo cian nye muka dia
— lypophrenia (@gabeegibsonjr) December 16, 2020
Alahai, kesian adik ni dapat ayah yang suka menyakat ya.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!