Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undang-undang terbesar negara ini
Malah, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis juga untuk menjaga keamanan negara dan ketenteram awam termasuklah menangkap penjenayah.
Begitupun, tular satu video di media sosial Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna, @anthraxxxx yang menyaksikan aksi kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan suspek yang menaiki kenderaan Perodua Viva.
Begitupun, di sebalik cubaan pihak polis untuk menangkap suspek itu, muncul seorang rider foodpanda yang menaiki motor turut membantu mengejar suspek tersebut.
Tonton video penuh aksi kejar-mengejar itu di bawah:
Apa kes? pic.twitter.com/GWc36D30Wh
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) February 5, 2021
Difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Seri Orkid, Skudai, Johor
Di awal video tersebut, pihak polis sepertinya sudah hampir pasti menangkap suspek dengan mengepung kereta itu dihadapannya.
Namun, cubaan berkenaan tidak berjaya, suspek dilihat melanggar bumper kereta peronda polis tersebut sebelum berjaya meloloskan diri.
Begitupun, suspek itu diekori rapat oleh rider foodpanda yang turut berada di lokasi kejadian dan bertindak mengejar suspek dengan motosikalnya.
Weyh dekat taman aku nih hahaha rider panda tuh member aku hujung2 dapat tangkap juga siap dpat tonjol muka.. pic.twitter.com/kFA7VLIiBz
— amrhmka_ (@amrhmka_) February 5, 2021
Punca nya member tengah dilevery, lepastu viva tuh nak lari dri polis dia boleh hempit smpai nak jatuh member hahaa tu yg member hati panas sngat
— amrhmka_ (@amrhmka_) February 5, 2021
Hasil tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan rider itu kerana ketika delivery makanan pun masih sempat tolong pihak polis
Malah, ada di antara mereka juga berseloroh mengatakan kelibat rider foodpanda ini pasti ada di mana-mana jika melibatkan apa saja kejadian yang berlaku di negara ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 28 saat itu sudah meraih 292K tontonan, 3.8K retweets dan 5.9K likes.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:
Macam biasa, apa apa kes mesti brader food panda ada situ
— mo (@ridzzzzzzuan) February 5, 2021
next time hantar food panda rider je kejar..diaorang kat mana2 je skrg..banyak jasa diaorg esp time pkp ni..
— Friends of Abu (@abukitol) February 5, 2021
Foodpanda mmg akan ada dlm scene macam ni
— m.z (@_mzubairr) February 5, 2021
rider food panda juga yang akan jadi hero . walaupun makanan saya suruh abang hantar tadi tak rupa makanan , janji sampai .
— nassushi (@anashiio) February 5, 2021
Bila polis tu keluar, teringat yang drama tv3 tu siapa tah dia lari nak kejar padahal ada kereta
— ⟭⟬ ⁷ ⟬⟭ (@jooniemelanin) February 5, 2021
Dapat order suruh tangkap kot. Hahahahahahahaha
— Mat Of Zorro (@AmirolBinAmri) February 5, 2021
Abg panda yg jutsu kaisen jgn main main
— (@Nimakeen) February 5, 2021
gila betul brader fp tu bengang sebab takdapat jadi pdrm ke
— (@zulfikri_kml) February 5, 2021
Mantap ah foodpanda pun tolong kejar!
— azztedd (@azztedd) February 5, 2021
yg record ni boleh tahu masa depan ke..awal2 dia dah ready
— Rangga (@NIAR2019) February 5, 2021
Respect dengan abang foodpanda ni, dalam nak delivery makanan sempat lagi tolong polis kejar suspek. Terbaik!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!