Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti membuang sampah telah menjadi rutin harian kita apabila di rumah kerana mahu kelihatan bersih daripada kekotoran dan bau yang busuk
Namun, sikap membuang sampah ini tidaklah digemari oleh semua orang kerana ada sesetengahnya ‘geli’ untuk membawanya keluar.
Perkara ini terpulang kepada sikap individu itu sendiri. Kalau nak duduk dalam keadaan kotor silakan, tetapi siapa saja sanggup untuk duduk dengan sampah yang berbau bukan?
Lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila cara seorang budak lelaki ini membuang sampah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
— Sulaiman Akhlaken (@juhunrujuluwuk) April 2, 2021
Selamba lambung sampah sebelum buka penutup tong
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang membawa sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara budak lelaki itu membuang sampah dengan cara yang sangat berbeza.
Dia dilihat melambung plastik sampah berkenaan sebelum membuka penutup tong sampah itu untuk dimasukkan. Malah, video itu turut disunting dengan lagu tema fiem adiwira popular iaitu The Avengers.
“Bagus dik. Zaman sekarang ni ramai yang tak nampak tong sampah” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Ramai yang kagum dengan cara budak lelaki ini membuang sampah dan ada juga yang memuji budak lelaki itu yang rajin membuang sampah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 503.4K views, 25.9K retweets dan 34.9K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
When this kid comes to your place, you’re the guess
— Trent Alexander-Aiman (@frzaiman) April 3, 2021
Comelnya, bagus dik. Zaman sekarang ni ramai yang tak nampak tong sampah.
— BazLin (@Affin_ulya) April 3, 2021
gila keren bgt luu dekkk, mau gua adopsi jadi adek…
— , (@fuvkshit28) April 3, 2021
Stail betul dik cara kau buang sampah
— sejenis manusia (@bungapunya327) April 3, 2021
Cute do hahahahaha
— no one. (@thtshunn) April 2, 2021
Respect kat kau dik
— ಠ_ಠ (@emanzekk) April 3, 2021
Hari2 mama suruh buang sampah. Pro sudah.
— ڤڠيرن دوسون • Pangeran Dusun (@WongGenHee) April 4, 2021
Pergh, hebat!
— yam lolxboi (@HaziqR_KYbeng) April 4, 2021
Power betul stail kau buang sampah dik. Terbaik! 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

