Mempunyai cahaya mata sendiri adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin
Pastinya anak-anak adalah pelengkap dalam sesebuah keluarga yang dibina. Tetapi, itu semua terletak pada rezeki yang telah Allah SWT aturkan kepada kita.
Ada yang berkahwin sekejap dan terus mendapat zuriat, ada juga yang telah bertahun lamanya menanti untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita tidak dapat menahan sebak kerana doktor mengesahkannya hamil lepas 6 tahun menunggu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Arghh tak tahan Tak tahu mcm mana ada makcik bawang tu boleh kutuk cikti buat ivf pic.twitter.com/zX8C9PFNXP
— bullehhh (@lisaa_aa98) February 24, 2021
6 tahun tunggu zuriat, lakukan melalui proses IVF
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di hospital bersama beberapa orang ahli keluarganya dan berjumpa dengan salah seorang di situ untuk mengetahui keputusan kehamilan.
Doktor itu kemudian memberitahu si isteri agar redha dan bersabar dengan apa jua keputusan yang bakal ditunjukkan olehnya.
Selepas diberitahu, wanita itu diminta untuk membuka casing yang diberikan oleh doktor dan mendapati keputusan menunjukkan double line iaitu dia hamil.
Difahamkan pasangan itu sudah lama menggunakan proses In vitro fertilization (IVF) untuk berusaha mendapatkan cahaya mata. Mereka juga bersyukur kerana penantian selama 6 tahun akhirnya berhasil dan dimakbulkan.
“Akak tu menangis, suami akak tu menangis, doktor menangis, yang aku pun menangis” – Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga terharu melihat kegembiraan pasangan tersebut yang sudah lama menantikan cahaya mata.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka melakukan ujian seperti ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 412K views, 18K retweets dan 24.4K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:
the doctor pun nangis kot depan2 patient tu
— Shhhhhhikinr (@shikinfahmi25) February 25, 2021
Akak tu menangis, suami akak tu menangis, doctor menangis, yang aku pun menangis dah kenapa?
— caramel (@syazkhyar) February 25, 2021
aku yg tengok ni pun berair mata ya Allah, kau permudahkan lah urusan mereka yang sedang menanti dan berusaha dapatkan cahaya mata, kurniakan mereka anak yang soleh dan solehah 2 years and still waiting
— MoshMosh (@wanizamw) February 25, 2021
Dr pun kesat air mata . Kami dah 4tahun ttc. First iui failed. Now tgu turn for 2nd iui. Semoga dipermudahkan urusan semua orang yg berttc
— nik. (@syazwani_ar) February 25, 2021
Alhamdulillah rezeki. Doakan saya dan isteri diberi kekuatan, orang lain semua deliver to have babies while kitaorang deliver just to say goodbye because he/she cannot make it
— FB/IG Ads Trainer | Casper (@rizwanabdullah_) February 25, 2021
sapa potong bawang ni…. damm. i feel you kak.
— AliffShanusi – KewanganBijak101 (@aliffshanusi) February 25, 2021
Kakak sy juga buat ivf.. Beribu2 dah habis.. Cume blum rezeki.. Kahwin dah 11 thun.. Allah suruh kita usaha.. Rezeki Allah yg bagi.. Yg makcik Bawang kata Tokti tu.. Mgkn kurang didikan agamanya.. Jadi.. Kita doa yg terbaik agar makcik Bawang tersebut insaf.. Dan berubah..
— Kaisyaz (@Kaisyaz9196) February 25, 2021
Aku dah la cepat sedih, tengok video nie aduhhh sebak lah. Semoga yang belum ada rezeki zuriat lagi akan dikurniakan zuriat. Doa banyak2 insyaallah Allah bagi zuriat tepat pada masanya. Amin
— Papa Effy (@razneo90) February 25, 2021
Aku doakan semua lah yang berusaha tak kisah pah ivf ke traditional ke, semua yg berusaha, aku doakan Allah kurniakan korang rezeki utk menimang cahaya mata! amin!
— Mommehh (@__elzee) February 25, 2021
Tahniah kakk. Allah nampak usaha akak tu. Rezeki takkan salah alamat. Eventhough aku belom kawen, tapi aku nmpk laaaa struggle die mcm mne. Betol org ckp, kawen ni bukan nk sronok2 semate. Kne same2 support each other. Don gibap !! *kesat air mate*
— atta (@hattajalil) February 25, 2021
Alhamdulillah, tumpang gembira tengok pasangan ni. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!