Site icon Malaysia now

Tular Keluarga ‘Antivaksin’ Buat Social Experiment Dine-In Di Restoran Buat Netizen Berang

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum semua mengetahui bahawa kerajaan telah mengumumkan kemudahan untuk golongan rakyat yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap

Antara kelebihan dan kemudahan yang diberikan ialah golongan penerima vaksin lengkap boleh dine-in di restoran, menaiki kenderaan mengikut kapasiti penuh dan tiada had sekatan 10km dalam daerah yang sama. 

Individu lengkap vaksin haruslah melepasi 14 hari daripada tarikh dos kedua bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca. Manakala, individu yang menerima vaksin Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi 28 hari setelah tarikh dos tunggal. 

Namun begitu, tular baru-baru ini sebuah posting di Facebook yang memaparkan sebuah keluarga antivaksin dine-in di restoran menerima kecaman ramai di Twitter

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Jom .. report org antivaxxer camni.Post ni telah didelete oleh tuannya..but, mmg dh memusnahkan trust org. Antivaxxer mmg penunggang agama.. siap ckp Alhamdulillah, Allah mudah bagi.. pic.twitter.com/PKZckQPyTY

— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) August 23, 2021

Selamba buat social experiment dine-in di restoran bawa family sekali

Menerudi posting berkenaan, diyakini sebuah keluarga antivaksin sedang makan di sebuah restoran yang tidak dikenal pasti tempatnya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah dia sekeluarga selamba makan di restoran walaupun mereka belum menerima vaksin. Malah, mereka juga membawa anak-anak pergi ke restoran berkenaan. 

Dia dengan bangganya memuat naik posting berkenaan, tetapi posting tersebut telah dipadam setelah menerima kecaman daripada netizen. 

Image via @ctsarahaishah (Twitter)

“Dia belum tau lagi langit tinggi ke rendah” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berang dan marah terhadap tindakan keluarga itu. Malah, ramai yang memesan supaya orang ramai tetap berhati-hati dan jaga SOP walaupun telah lengkap divaksin. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 10K tweets, 1K quote tweets dan 6K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Firaun pun Allah bagi mudah untuk jadi kaya, berkuasa, pangkat dll.Mudah bukan bermaksud Allah reda.

— Aiman Psikologi (@AimanPsikologi) August 23, 2021

Tujuan utama vaksin adalah utk keselamatan bukan sbg passport anda nak gi kedai mana2. Konsep sama dgn safety belt kereta , guna bukan kerana takut polis/ jpj saman tapi utk keselamatan semasa memandu

— zaidi (@mrzack82) August 23, 2021

Disebabkan orang2 Macam nilah kami yg bujang ni tak dapat merasa balik kg jumpa mak ayah. Bodoh dia tak blh disukat sentiasa abadi sampai bila2.

— (@sukahatisyaa) August 23, 2021

Tak tahan betul na buat social experiments sendiri . Kite yg dah settle 2 dos ni hidup sgt tenang. Die yg tak tenang na tnjuk die bahagia tanpa 2 dos vaksin

— Klong (@innadadika) August 23, 2021

Social experiment pengaruh YouTube ni, dia ingat boleh suka2 experiment nyawa orang lain macam tu. Etika experiment / research apa benda pun dia x tahu ni. Tunggu orang lain buat social experiment sampai kena kat nyawa mak ayah dia baru nak sedar gamaknya ni.

— YassiRasali (@yasay5865) August 23, 2021

Masalahnya bukan pasal dine-in je kak, tapi akak and family risiko besar kena covid stage 4&5 kalau ikut dine-in sekali tau. Kami yang dah vaksin ni kalau kena pun insyaAllah tak teruk. Tak sayang anak2 ke kak sanggup buat camni?? Menipu dah satu hal.

— Amirah Zin (@amirahzzin) August 23, 2021

selfish betul x fikir anak² sendiri..esok da kena covid dkt family baru nak sedar org asing dkt msia ni pun berebut nak kan vaksin..awk wrganegara tpi bsikap selfish mcm ni..

— Cornflakesmadu (@najihaabdhamid_) August 23, 2021

Antivaksin ni memang automatik tak reti mengeja words related to vaccine ke

— qee (@sun_qee_ist) August 23, 2021

MasyaAllah boleh pulak berpendirian macam tu, kedai saya kerja memang dah start monitor 2 dos vaksin (lengkap 14 hari). Pekedai² perlu jadikan kewajipan untuk lihat herd community tercapai dgn segera demi normal kan kembali kehidupan seharian kita.

— Hamidah Hamzah (@hamidah_hamzah) August 23, 2021

Social experiment? Dalam tak sedar apa yg dia buat tu, boleh mengundang padah & jd masalah kpd orang lain. Tak semestinya mudah tu tk ada apa2..

— FARIS (@mikakufa) August 23, 2021

Semoga perkongsian ini dapat tingkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat luar sana!

Yang mana belum vaksin, jom daftar vaksin. Yang dah lengkap tu, jangan lupa follow SOP ya 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: