Site icon Malaysia now

“Tindakan Yang Tidak Munasabah” – Ismail Sabri Harap Pengurusan Kondo Tarik Balik Kompaun

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menganggap isu tular seorang kanak-kanak berusia setahun yang dikompaun oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka sebagai tindakan yang tidak munasabah

Menurut laporan, katanya lagi, pihak pengurusan kondominium itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan tindakan sedemikian.

Menerusi perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, insiden itu didakwa berlaku apabila kanak-kanak berkenaan yang dipercayai anak kepada salah seorang penghuni di sini dikesan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam lif.

Selepas mengenal pasti kesalahan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan kondominium bertindak mengeluarkan notis kompaun bernilai RM100 kepada kanak-kanak terbabit.

Image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

…Berita selanjutnya menyusul selepas ini