Site icon Malaysia now

Tiada Isu Kasut Sekolah Warna Hitam Atau Putih, Pelajar Bebas Pilih Pakai Tahun Depan

Makluman untuk ibu bapa atau penjaga, semua pelajar sekolah rendah dan menengah kini dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih bermula sesi persekolahan 2021

Image via Malaysia Government Call Centre

Penguatkuasaan itu sekali gus membatalkan keputusan Kementerian Pendidikan sebelum ini untuk melaksanakan pemakaian kasut hitam sepenuhnya mulai tahun depan.

Dalam satu edaran surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim semalam, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Profesional kementerian berkenaan pada 17 November lalu yang turut memutuskan pemakaian warna stoking adalah mengikut warna kasut yang dipakai.

“Kementerian sentiasa prihatin keperluan ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baru.

“Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, Mesyuarat Profesional memutuskan bahawa mulai tahun 2021, semua murid dibenarkan memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut,” katanya.

Kementerian Pendidikan menetapkan pemilihan jenis kasut pula adalah diperbuat daripada kanvas sahaja

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan Malaysia

Atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya serap dan penyaluran gerak udara.

Pemilihan jenis kasut itu mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan semua pelajar.

Sebagai rekod, dua tahun lalu Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking warna hitam sepenuhnya semua pelajar sekolah mulai 2021 selepas dilaksanakan beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada tahun ini.

Ianya berikutan cadangan pemakaian kasut hitam oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Dr Maszlee Malik susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Langkah itu dikatakan berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: