Siapa je tak kenal dengan ahli politik muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sering membuat challenge untuk para pengikutnya di media sosial
Namun baru-baru ini, Syed Saddiq telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu cabaran membotakkan rambut sekiranya beliau berjaya meraih dana sumbangan sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari.
Umum sedia maklum, bahawa kempen pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang memerlukan di Muar sudah lama dianjurkan oleh beliau sebelum ini.
Begitupun, inisiatif yang diambil Syed Saddiq pada kali ini dilihat dapat meringankan beban beliau bagi meneruskan kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ di samping orang ramai turut sama dapat menyumbang bagi kempen berkenaan.
Dalam tempoh 24 jam sahaja, Syed Saddiq berjaya meraih kutipan sebanyak RM61,410 selepas ianya dibuka.
Saya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 dlm 5 hari utk program 1 Keluarga 1 Laptop.Untuk itu, saya akan melaksanakan #BotakChallenge pic.twitter.com/W299GIMjQG
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 26, 2020
Dalam tempoh 24 jam #BotakChallenge, kita berjaya kumpul RM61,410.00 !!!You guys are AWESOME!!!Ramai betul bantu (dan nak saya botak). Cepat-cepat kita raih RM200,000 untuk pelajar Muar. @hafriziqbal dah ready nak botakkan saya. Link: https://t.co/uGIISpAuzd pic.twitter.com/DEuTnUQSum
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 27, 2020
Mula rasa nervous nak botakkan kepala selepas berjaya kumpul RM144,760 setakat ini
Kutipan itu melonjak naik selepas beliau membuat satu live memasak di Facebook dan Instagram, kemudiannya menerima banyak mesej daripada para pengikutnya di media sosial bagaimana caranya mereka untuk membantu.
Guys, kita dah dapat RM144,760.00!!!!!
Terima kasih kerana banyak bantu. Tadi lepas FB & IG Live Memasak saya, ramai yang mesej tanya macammana nak bantu.
Come on guys! Saya dah nervous nak botak ni.
Guys, kita dah dapat RM144,760.00!!!!!Terima kasih kerana banyak bantu. Tadi lepas FB & IG Live Memasak saya, ramai yang mesej tanya macammana nak bantu.Come on guys! Saya dah nervous nak botak ni. Link untuk bantu: https://t.co/uGIISpAuzd pic.twitter.com/WblbaQ28bC
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 28, 2020
Tinjauan di media sosial milik Syed Saddiq pula mendapati, rata-rata netizen nampak gayanya seperti tidak sabar untuk melihat gaya rambut botak Ahli Parlimen Muar itu
Belum sempat rambut beliau dibotakkan, ada juga netizen yang kreatif dan menyunting gambar profilnya dengan rupa paras berkepala botak.
Jika dilihat gambar suntingan tersebut, rata-rata netizen berkata bahawa wajah botak Syed Saddiq disamakan dengan rupa paras botak karakter anime Saitama daripada One Punch Man.
Berikut di bawah beberapa komen menarik daripada netizen di media sosial milik beliau:
SYED SAITAMA BYEEEE https://t.co/snsu1WwR21
— fen! (@izurenki) December 26, 2020
Hey! Don’t forget to donate. We are raising funds to get at least 100 laptops for the less fortunate students in Muar. Help us help them!Click this link to contribute: https://t.co/uGIISpAuzd#BotakChallenge pic.twitter.com/zYbUl38Vyr
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 27, 2020
Syedtama. Kena siap dengan baju ya pic.twitter.com/XJ5cnxXldt
— Mai (@maikonglo) December 26, 2020
#BotakChallengeKami sebenarnya takut bercampur teruja nak tengok @SyedSaddiq botak.Comment sikit di bawah siapa yang semua orang rasa patut diberikan mandat besar membotakkan YB. pic.twitter.com/CiMBmyQjkf
— #TeamSyedSaitama (@teamsaddiq) December 27, 2020
Boss, buat IG LIVE kasi botak kat kedai mamak je
— Ahmad Hafiz (@hafizstar) December 28, 2020
oh no… nanti dah botak.. selfie jauh2 sikit eh
— RUSH_SHIAA (@yaya_meiyou) December 28, 2020
ITS GONNA HAPPEN SOON WHAAAAT
— (@karismaaaaa03) December 27, 2020
Jangan nak botak nombor 1 je yeh yb. Kena BOTAK LICIN!!!!
— Allfather (@SemuaAyah) December 28, 2020
Done. Tak sabar nak tgk budak botak pic.twitter.com/1Fz86ticrS
— Aiman (@AlCapone_MY) December 29, 2020
Tak sabar nak tengok Syed Saddiq botak, tolong buat live ya netizen perlu tahu :p
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!