Site icon Malaysia now

“Semangat Lain Macam” – Isteri Datang Sokong Suami Main Futsal Buat Netizen Boleh Relate

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kaum lelaki dan sukan memang berpisah tiada, tambahan lagi permainan futsal

Itu memang menjadi sukan kegemaran mereka pada waktu malam atau hujung minggu. Bermain futsal dengan kawan-kawan merupakan salah satu aktiviti untuk mereka meluangkan masa bersama.

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki terus berubah menjadi semangat apabila isterinya datang untuk memberi sokongan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syara_dudu

Hahaha semangat lain macam main futsal bila isteri bagi sokongan @shahroldahlan #fyp #fyp #susukambingdudu

original sound – Syara Dudu Medilemon – Syara Dudu Medilemon

Terus jadi bersemangat main bila isteri datang bagi sokongan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain futsal di gelanggang futsal yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang lelaki di situ dilihat terus berubah menjadi lebih bersemangat apabila isterinya datang ke gelanggang untuk menyokong. Lebih melucukan lagi, dia dilihat siap menunjukkan beberapa skills di depan isterinya. 

Image via @syara_dudu (TikTok)

“Jangan datang kak. Elok-elok game tu santai, terus jadi tournament. Semua skill diorang keluar” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi ini. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 659K tontonan, 46K tanda suka dan 464 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @syara_dudu (TikTok)

Image via @syara_dudu (TikTok)

Image via @syara_dudu (TikTok)

Image via @syara_dudu (TikTok)

Image via @syara_dudu (TikTok)

Aduhai lawaklah, lepasni isteri sokong dari rumah jelah ya! 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: