PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan tidak timbul soal derhaka kerana kemelut harus dilihat secara menyeluruh dalam membuat penilaian, beberapa jam selepas PAS Perak memohon ampun kepada Sultan Nazrin Shah atas ‘kekhilafan’ tidak menghadap selepas dititahkan.
Pemimpin PAS Pusat itu berkata mereka yakin mengurus kemelut yang berlaku memerlukan ruang tersendiri dan waktu yang sangat singkat.
“Dalam situasi begini, tidak hairan kalau salah faham, silap maklumat dan tentunya golongan yang berkepentingan akan mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan.
BERITA LANJUT MENYUSUL