PETALING JAYA: Dalam petanda jelas pembangkang berpecah, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak perlu memberikan sokongan atau kesetiaannya kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Mahathir berkata kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat tidak bermakna beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen pembangkang.
“Kami bukan di bawah beliau. Beliau dinamakan Ketua Pembangkang tetapi tidak menguasai kami, Kami bebas membuat apa yang kami inginkan dalam perkara-perkara yang melibatkan parlimen,” kata beliau.
Mahathir adalah pengasas Pejuang yang masih belum didaftarkan. Parti itu mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk Mukriz Mahathir.
“Saya tidak perlu menyatakan sokongan atau kesetiaan kepada mana-mana ketua pembangkang,” kata Mahathir di sidang media bersama veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL