Site icon Malaysia now

Satu Juta Kediaman Di Malaysia Kini Dilengkapi Dengan Kemudahan Meter Pintar TNB

Artikel ini ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu juta meter pintar (smart meter) telah dipasang di Melaka dan Lembah Klang serta akan mensasarkan lebih banyak yang akan dipasang sepanjang tahun ini

Image via Tenaga Nasional Berhad

Pengumuman itu merupakan pencapaian penting TNB sejak pemasangan meter pintar dimulakan empat tahun lalu di Melaka.

Ianya adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dimana pemasangan meter pintar di seluruh Malaysia bertujuan menambahbaik kehidupan pengguna melalui penyedian akses, ketelusan dan kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan tenaga harian mereka.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Baharin Din, di sebalik cabaran yang dihadapi pada tahun 2020, beliau berbangga dengan kemajuan pihaknya yang selaras dengan sasaran pemasangan 1.5 juta unit menjelang penghujung tahun 2021.

Pemilik rumah kini boleh menyemak dan membayar bil mereka secara digital melalui platform myTNB

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Star

Tambahnya lagi, bagi tahun 2021, pihaknya berharap dapat melihat lebih ramai pelanggan mengambil langkah memantau kehidupan mereka menerusi penggunaan meter pintar, dan membuat pilihan yang cekap tenaga untuk mereka dan negera keseluruhannya, untuk masa depan yang lebih hijau dan tenaga yang lebih lestari.

“Pelanggan kami merupakan faktor terbesar, yang memain peranan penting terhadap kejayaan pemasangan meter pintar di seluruh negara. Memandangkan mereka kini terus mencari lebih banyak cara bagi memperkasakan diri mereka dalam mengurus penggunaan tenaga,” katanya.

TNB juga merekodkan peningkatan jumlah pengguna myTNB yang ketara, daripada 1.4 juta kepada 4.7 juta, iaitu 236% peningkatan daripada Disember 2019 hingga Disember 2020.

Para pengguna digalakkan memuat turun dan menggunakan aplikasi atau melayari portal myTNB

Gambar sekadar hiasan.
Image via New Straits Times

Sejajar dengan penambahbaikan ciri-ciri myTNB yang berterusan bagi memperkasa pelanggan pada bila-bila masa dan di mana jua, pengumuman sekatan keluar masuk di seluruh negara awal tahun ini telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memanfaat platform digital ini bagi mengurus akaun dan penggunaan tenaga mereka.

Selain itu, para pengguna digalakkan memuat turun dan menggunakan aplikasi atau melayari portal myTNB bagi menyemak dan membayar bil bulanan mereka, pengguna yang mempunyai meter pintar di kediaman pula dapat memantau penggunaan elektrik harian mereka.

TNB berharap dapat meluaskan pemasangan meter pintar di Lembah Klang pada tahun 2021, dengan perancangan untuk membawa pemasangan meter ini di lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai meter pintar, anda boleh saja klik di sini atau muat turun aplikasi myTNB di Apple iOS Store dan Google Play hari ini!

Gambar sekadar hiasan.
Image via New Straits Times

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik