Site icon Malaysia now

“Sampai Kena Pegang Risau Cabut Lari” – Tular Nurse Lelaki Ini Takut Kena Inject Vaksin

Kita semua pasti mempunyai perspektif di mana frontliners merupakan golongan yang tidak takut kepada jarum bukan?

Hal ini kerana mereka bekerja di hospital dan sering mengendalikan pesakit terutamanya ketika memberikan suntikan.

Namun, rupa-rupanya bukan semua frontliners berani berhadapan dengan jarum. Ada sesetengah daripada mereka juga mempunyai rasa takut apabila mendapatkan injection.

Sama juga seperti kejadian yang berlaku kepada seorang nurse lelaki ini apabila videonya semasa mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 telah tular di laman TikTok beberapa hari lalu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@xapijie

Aku bukan antivax!! Tapi tu laa bila nak cucuk macam ni ahhhhh…. (Part 1) ##imvaccinated ##fyp ##foryourpage ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia ##covid

Crying, Woman – Authentic Sound Effects

Takut nak kena inject punya pasal, kawan-kawan sampai terpaksa pegang supaya tak lari

Menerusi perkongsian video oleh frontliner yang dikenali sebagai Pijie, kelihatan dia ketika itu sedang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah sebelum disuntik, dia sudah menggelupur kerana takut akan jarum tersebut.

Malah, kawan-kawannya sampai terpaksa memegangnya yang tidak henti-henti menjerit kerana takut dia lari keluar sebelum disuntik.

Image via @xapijie (TikTok)

“Ya Allah dramanya, kalau cucuk orang boleh pulak” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 210.3K tontonan, 11.8K tanda suka serta 782 perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Pijie yang takut jarum itu. Mereka tidak sangka rupa-rupanya frontliners pun ada yang cuak bila disuntik dan selama ini mereka hanya berlakon berani di depan para pesakit. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Image via @xapijie (TikTok)

Buat hal betul abang misi ni, hilang terus macho lepas jerit tu 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: