Site icon Malaysia now

“Rupanya Jodoh Yang Tiba” – Cara Lelaki Ini Mahu Berkenalan Dengan Gadis Tarik Perhatian

Tiada siapa dapat menyangka jodoh dan pertemuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita

Ada orang yang mendapat jodoh awal, dan ada pula yang lambat. Semuanya telah ditetapkan.

Namun, kita masih boleh berikhtiar dengan bermacam cara untuk menawan hati seseorang yang kita suka.

Seperti detik perkenalan pasangan ini yang bermula hanya daripada media sosial Twitter dan akhirnya disatukan di jinjang pelamin.

Image via @cakeendorphin (Twitter)

Mesej di laman sosial ajak berkenalan dengan orang tak dikenali

Semuanya bermula daripada si lelaki yang menghantar mesej menerusi Direct Message (DM) kepada gadis idamannya dan meluahkan hasrat untuk berkenalan.

Menerusi sumber, gadis yang dikenali sebagai Farah Izzati itu tidak menyangka dia akan menerima salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali menerusi media sosial.


“Mula-mula ingat pelanggan nak buat tempahan, tapi selepas baca kali kedua, rasa terkejut juga”

“Saya tak terus balas sebaliknya ambil masa juga selepas scroll akaun dia,” katanya.

Niat asalnya untuk berkawan tapi tak sangka ke fasa seterusnya

Selepas sebulan berkenalan, lelaki itu akhirnya memberanikan diri untuk melamar gadis berkenaan dan bertunang pada 8 Ogos lalu.

Mereka kemudian selamat diijabkabulkan pada 30 November lalu dengan majlis yang sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) memandangkan Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Azlan juga memberitahu tidak salah sekiranya seseorang lelaki berterus terang untuk berkenalan asalkan dengan niat yang ikhlas.


“Niat asalnya untuk berkawan, kalau semua berjalan lancar mudah-mudahan ke fasa seterusnya. Kalau tak jadi, boleh saja teruskan sebagai kawan”

“Alhamdulillah, hubungan kami je jinjang pelamin. Saya beranikan diri untuk mulakan langkah kerana rasa tertarik kepadanya walau hanya tengok gambar profil,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga memberikan reaksi mereka mengenai kisah pasangan tersebut

Sweet je tengok cara dia nak berkenalan. Semoga hubungan mereka terus berkekalan 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: