Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menawarkan ganjaran itu kepada pemenang Program Cabaran Turunkan Berat Badan Dalam Masa 50 Hari bagi mengurangkan masalah obesiti di negeri itu.
Peraduan kuruskan badan itu berkait rapat dengan masalah cukup berat di Melaka: negeri kecil itu dilaporkan mempunyai penduduk dengan berat badan melampau (obesiti) paling ramai selepas Putrajaya.
Sejumlah 50 orang sudah mendaftar untuk program berkenaan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 kepada peserta yang menurunkan berat badan paling banyak.
Peserta dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori lelaki dengan berat lebih 90kg dan kurang daripada 90kg, serta kategori perempuan dengan berat lebih 90kg dan kurang 90kg.
Sepanjang 50 hari itu, peserta dikehendaki mengamalkan makanan berimbang, menjalani aktiviti fizikal seperti “aerodance”, “fun ride”, dan “fun run” serta serta mengikuti ceramah kesihatan secara dalam talian.
Program itu bermula 12 Dis dengan berat dan ketinggian semua peserta direkodkan secara rasmi.
“Program itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan matlamat utamanya ialah untuk memupuk gaya hidup sihat dan memberi kesedaran tentang bahayanya obesiti dalam kalangan masyarakat.
“Semua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan setiap kumpulan akan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada tenaga pengajar kejururawatan Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan KUIM,” menurut kenyataan itu.
“Pada hari ke-50, semua peserta akan diambil berat badan dan ketinggian bagi mendapatkan perbezaan dengan bacaan yang diambil pada hari pertama, yang bagi menentukan pemenang,” katanya.
KUIM berhasrat mengadakan program itu pada skala besar pada masa akan datang.