Sedapnya dapat makan kuey teow Kungfu panas-panas…
Jom tukar selera, kita makan kuetiau pula. Dah bosan kan makan nasi?
Wuu, bayangkan makan kuey teow lembut dengan sup panas-panas. Nikmat! Kalau buat sendiri boleh tambah sotong dan udang banyak mana pun… Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Anis Cheeszif HQ.
Bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
1. Mula-mula, pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah, Masukkan kuey teow dan gaul rata.
2. Panaskan minyak dan gorengkan kuey teow sehingga garing. Toskan dan letak tepi.
3. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan isi ayam (kalau nak cepat masak boleh rebus dahulu).
5. Letakkan sedikit air, biarkan sehingga mendidih dan isi ayam empuk.
6. Masukkan sayur dan cili padi.
7. Kemudian, letakkan sotong dan sedikit kiub ayam.
8. Letakkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi likat. Kacau rata.
9. Perasakan dengan garam dan kacau. Siap!
Selamat menjamu selera… Tunggu apa lagi? Jom masak, senang kan!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!