Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap negeri mempunyai keunikan makanan mereka masing-masing, contohnya seperti Kelantan, automatik orang akan memikirkan nasi kerabu betul tak?
Nasi kerabu memang tidak asing lagi di negeri itu. Malah, jika anda teringin untuk memakannya anda kini boleh mendapatkannya secara mudah di kawasan anda ataupun menggunakan pesanan online.
Tetapi, ada kalanya harga yang dijual agak berbeza dengan harga dijual di negeri asal. Jika anda perhatikan ia mungkin agak sedikit mahal.
Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi sebuah video di Twitter harga nasi kerabu yang dibeli di Kelantan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10 pic.twitter.com/bozolipeX2
— SEPOSEN (@seposenYS) August 18, 2021
Terkejut dapat tahu harga bawah RM10 walaupun beli 6 jenis lauk berbeza
Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah kedai di tepi jalan difahamkan berada di Kelantan.
Dia kemudian membeli nasi kerabu dengan memilih enam jenis lauk berbeza buat dirinya. Antara lauk yang dipilihnya adalah ayam, daging, ikan, solok, telur dan bawang.
Apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik saja diberitahu kesemua harga itu lelaki itu seperti terkejut kerana dia menyangkakan harga akan melebihi RM10 dengan jenis-jenis lauk itu.
Image via @seposenYS (Twitter)
Image via @seposenYS (Twitter)
“Kalau sesiapa yang sekali sekala pergi Kelantan memang akan terkejut bila nak bayar” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut. Malah, ramai juga yang membandingkan jika ianya dibeli secara online.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 447.5K views, 4,741 retweets dan 9,613 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Serious laa dekat Terengganu nasi kerabu lauk full macam 10 ringgit lebih. Kenapa i beli lauk full sekali dgn solok lada telir itik dgn ayam 2 ketul baru 5 ringgit lebih.
— baewie (@baewiee) August 18, 2021
Aku pernah beli nasi kerabu lauk ayam shj rm9.rasanya tu bukan nasi kerabu tapi nasi kesial
— khal drogo (@asythetic) August 18, 2021
Murah lah tu.. Ayam.. Daging Bakar.. Ikan masak tepung.. Etc.. Kalau sapa sekali sekala gi kelate memang terkejut bila nak byr.. Sebab dah biasa makan mahal di KL.. sy pernah famili mentua makan kat Pasir Mas.. Terkejut mereka bila dpt tau harga makanan..
— EJEN HAN (@hanafiEzu) August 19, 2021
duduk kelantan memang heaven. tiap pagi makan nasi berlauk tambah pulak nasi kerabu wo. kuih cekmek molek kena ada. petang pergi cari mi celop. lepak pantai makan lokcing, kerabu maggi. makan malam nasi putih belut paprik. adehhh.. mana nak dapat kat sini..
— arifx (@areppp___) August 18, 2021
Kalau KL mau kena caj lebih RM15 ni
— brandon (@brandonfavv) August 18, 2021
Ye do. Aku tiap kali balik kelantan. Mmg hancur ah pemakanan. Auto boroi bin gemuk. Sbb makanan kat sana murah. Aku syak dorang ni berniaga kejar pahala ah. Untung letak tepi
— pakcik (@HerrieZul) August 18, 2021
a whole feast for RM10 what the hell
— iljam (@ilhisma) August 18, 2021
Solok lada, ikan goreng tepung, telur masin separuh, daging, ayam madu lagi?! Hmm kalau shah alam ni ade la mungkin dalam RM30++ belum masuk delivery lagi hahahaha
— Bibi Sakira (@bibisakira) August 18, 2021
Tiba-tiba terliur pula tengok nasi kerabu dia. Sedapnya 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik

