Site icon Malaysia now

Raya Dah Nak Dekat, Jom Serbu 7 Local Seller Ini, Macam-Macam Tema & Warna Ada!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Raya dah nak tiba, seronoknya! Tapi belum beli baju raya? Tak tahu nak beli dekat mana?

Seperti biasa, korang tak perlu risau dan pening kepala. Sebab kami dah sediakan beberapa local seller popular di Instagram yang menyediakan pelbagai koleksi baju raya tahun ini.

Dijamin lepas korang habis baca artikel ini, confirm dah tahu baju mana nak beli. Silap hari bulan, berpasang-pasang baju raya 2021 sebab semuanya cantik-cantik belaka.

Tak percaya? Okay jom kita start cuci mata. Berikut di bawah adalah 7 jenama baju raya terkenal dan digemari ramai dengan mempunyai harga yang berpatutan:

1. hijabista.hub

Image via @hijabista.hub (Instagram)

Image via @hijabista.hub (Instagram)

Image via @hijabista.hub (Instagram)

Bagi korang yang suka elegant dan expensive look, @hijabista.hub memang sangat sesuai tau. Bukan saja harga baju yang berbaloi, tetapi koleksi baju raya mereka juga sangat banyak sehingga membuatkan korang rasa nak beli semua!

Malah, baju-baju daripada mereka juga bukan saja khas untuk dipakai di hari raya, tetapi korang juga boleh pakai untuk pergi ke majlis kahwin dan juga dijadikan sebagai office wear.

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

2. lilypetuna

Image via @lilypetuna (Instagram)

Image via @lilypetuna (Instagram)

Image via @lilypetuna (Instagram)

Haa bagi yang suka nampak klasik dan ala-ala stail tradisional, korang wajib beli baju raya dekat @lilypetuna ni.

Memang sangat sesuai untuk korang yang nak nampak macam gadis Melayu terakhir. Kalau nak tahu, nama koleksi baju raya mereka juga memang mengikut tema dulu-dulu seperti Tun Teja, Ledang, Saloma, Endang, Puspawangi, Baiduri dan Dewi. Menarik kan?

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

3. lilit_woman

Image via @lilit_woman (Instagram)

Image via @lilit_woman (Instagram)

Image via @lilit_woman (Instagram)

Kalau korang nak nampak lebih girl-ish dan suka design baju yang tidak terlalu over, @lilitwoman lah jawapannya.

Baju raya mereka kebanyakannya sesuai dipakai bila-bila masa saja kerana lebih nampak casual. Bolehlah pakai sedondon dengan adik beradik atau kawan rapat di pagi raya nanti.

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik <a target=”blank” rel=”nofollow” href=”https://www.instagram.com/lilitwoman/” title=”Link: https://www.instagram.com/lilitwoman/”>di sini.

4. anaabu.co

Image via @anaabu.co (Instagram)

Image via @anaabu.co (Instagram)

Image via @anaabu.co (Instagram)

Pernah tak korang tengok baju raya unisex? Lelaki dan perempuan dua-dua boleh pakai, menarik betul kan? @anaabu.co terkenal dengan fesyen baju mereka yang minimalist, hipster dan lain daripada jenama lain.

Kalau korang inginkan kelainan raya tahun ini, apa kata cuba pakai baju keluaran @anaabu.co? Tambahan lagi kalau korang suka matchy-matchy dengan pasangan ataupun suami, memang sepadan sangat!

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

5. wanzar_

Image via @wanzar_ (Instagram)

Image via @wanzar_ (Instagram)

Image via @wanzar_ (Instagram)

Bagi peminat warna pastel, korang boleh cuba usha baju raya dekat @wanzar_ ni. Koleksi baju raya mereka sememangnya boleh membuatkan sesiapa saja cair melihatnya kerana warna lembut yang memikat hati.

Mereka juga ada keluarkan koleksi baju raya untuk kanak-kanak. Jadi, memang sesuai sangatlah kalau korang nak pakai sedondon dengan anak perempuan. Mesti comel!

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

6. jubahsouq

Image via @jubahsouq (Instagram)

Image via @jubahsouq (Instagram)

Image via @jubahsouq (Instagram)

Nak nampak muslimah dan ayu pada masa yang sama? Baju raya daripada @jubahsouq sudah pasti menjadi pilihan hati.

Koleksi baju raya daripada mereka kebanyakannya lebih labuh dan tidak terlalu menampakkan bentuk badan. Jadi, kalau korang tengah cari baju yang tidak ketat tetapi cantik di mata, carilah @jubahsouq.

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

7. quftanempire

Image via @quftanempire (Instagram)

Image via @quftanempire (Instagram)

Image via @quftanempire (Instagram)

Ada peminat satin tak dekat sini? Korang mesti akan suka dengan koleksi baju raya daripada @quftanempire kerana design mereka yang simple tapi nampak sangat elegant kerana diperbuat daripada kain satin.

Senang cerita, kalau pakai di pagi raya, confirm korang akan nampak vogue! Jangan lupa pakai rantai sebagai aksesori supaya tak nampak kosong sangat dan nampak lebih cantik digayakan dengan baju kurung @quftanempire.

Nak tengok koleksi baju raya mereka yang lain? Klik di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat beli baju raya korang sebelum habis stok! Gigit jari nanti 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: