KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi penghormatan terakhir kepada Rahah Mohamed Noah di kediamannya malam ini.
Tunku Azizah yang tiba di kediaman berkenaan bersama pegawai pengiring kira-kira 8.40 malam, meluangkan sedikit masa bersama keluarganya.
Turut kelihatan di kediaman itu ialah anaknya, Najib Razak yang juga bekas perdana menteri.
Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi.