PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi berkata pemulihan ekonomi yang didorong hutang tidak mapan, kerana perlu suatu strategi yang tidak bergantung pada pinjaman berterusan bagi mengelakkan pertumbuhan mendatar pasca pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito, dalam kenyataan berkata terus bergantung pada hutang akan “mencetuskan inflasi dan memaksa kerajaan menaikkan cukai pada masa depan sekaligus melemahkan kekuatan ekonomi Malaysia”.
Beliau setelah Belanjawan 2021 diluluskan, perhatian perlu beralih kepada strategi lebih luas negara untuk menghidupkan semula ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan pelbagai sekatan pergerakan yang dikenakan.
Katanya, unjuran pertumbuhan semasa untuk tahun depan “terlalu optimis”, mengatakan pertumbuhan mungkin mendatar selepas lonjakan awal yang didorong pembukaan semula ekonomi.
CME, yang merupakan inisiatif akademik dan pendidikan bawah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), mengesyorkan beberapa langkah, seperti memudahkan perjalanan berkaitan perniagaan untuk mengalakkan perkongsian, menjadikan negara lebih mesra perniagaan untuk syarikat asing dan ekspatriat, dan menampilkan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau.
Ia juga menyeru reformasi cukai dalam bentuk cukai pendapatan dan cukai korporat rendah, cukai barang dan perkhidmatan (GST) bersasar, dan sistem penguatkuasaan yang diperkuat untuk memastikan kepatuhan.
Perkara itu menunjukkan Malaysia boleh membangunkan suatu strategi pemulihan tanpa meningkatkan lagi perbelanjaan kerajaan,” tegas beliau.