Site icon Malaysia now

Papan Tanda Stadium Mini Ffira Mikah Diturunkan Selepas Terima Pelbagai Kecaman Netizen

Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila nama sebuah stadium di Kuala Nerang menjadi bualan ramai

Image via New Straits Times

Menerusi posting daripada KN Kiara Football Club di Facebook, papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah telah diturunkan pada 12 Disember lalu setelah menerima kecaman daripada netizen tentang nama baru stadium berkenaan.

Menurut sumber, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menafikan dakwaan yang tular mengatakan beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah itu sempena namanya yang diterbalikkan.

“Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.

“Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,” katanya.

Buat sementara waktu, nama stadium itu disebut sebagai Stadium Mini Kuala Nerang

Image via Kosmo

Kelab berkenaan terbuka untuk menerima cadangan lain sekiranya terdapat nama baru untuk stadium itu.

Sehubungan dengan itu, KN Kiara Football Club selaku penyewa stadium mini itu juga memutuskan untuk tidak menggunakan nama Ffira Mikah dalam apa-apa tujuan dan promosi.

Terima kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju dengan nama stadium itu

Sebaik saja nama Stadium Mini Ffirah Mikah diumumkan, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak bersetuju mereka kepada nama tersebut dan berpendapat sepatutnya mengekalkan nama yang lebih sesuai contohnya Mini Stadium KN.

Antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

Image via KN Kiara Football Club (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: