Site icon Malaysia now

Order Makanan Laut ‘Mewah’ Sampai RM660, Lelaki Ini Didakwa Enggan Bayar Bil

Seorang pelanggan di sebuah restoran makanan laut popular di Kuala Lumpur didakwa enggan membayar bil RM660 dan memuat naik kenyataan palsu di laman Facebooknya

Fatt Kee Roast Fish adalah sebuah restoran tempatan yang terletak di Jalan Pasar di Pudu. Restoran ini terkenal dengan ‘Makan Malam Mewah’ mereka yang menyajikan pelbagai makanan laut besar antaranya ketam bunga, kerang, kerang hijau, udang karang, udang air tawar, dan kepala ikan.

Malah, harga menu ini bermula daripada RM388 setiap pinggan, dan boleh mencecah sehingga RM799.

Menerusi satu posting yang di muat naik di Facebook, restoran berkenaan menulis bahawa salah seorang pelanggan enggan membayar bilnya selepas memesan pinggan Makan Malam Mewah bernilai RM388, dengan memberitahu bahawa dia tidak memesannya dari awal.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam pada Rabu lalu, 9 Disember.

Walau bagaimanapun, restoran itu sentiasa bersiap sedia untuk mengelakkan situasi seperti itu berlaku oleh kerana kesalahan dalam membuat pesanan makanan agar ia dapat mengembalikan pendapatan harian mereka kerana kos bahan yang tinggi.

Image via Fatt Kee Roast Fish (Facebook)

Antara salah satu langkahnya adalah dengan memasang 60 kamera litar tertutup (CCTV) untuk merekod proses pengambilan pesanan di setiap meja di premis.

Selain itu, mereka juga akan mengesahkan order yang diambil oleh untuk mengelakkan daripada pelanggan membuat sebarang aduan. 

Pelayan mengesahkan bahawa pelanggan memesan Makan Malam Mewah kecil

Melihat kepada rakaman CCTV sebagai bukti, restoran tersebut menunjukkan klip video berdurasi 30 saat dan screen shot pelanggan yang memegang menu restoran sambil menunjuk ke pinggan RM388, ia menunjukkan bahawa pelanggan memang telah membuat pesanan.


“Disebabkan itu, pelanggan mula rasa gelisah dan menyangkal membuat pesanan. Dia juga mendakwa layanan pelayan di restoran itu teruk”

“Bos wanita restoran berkenaan kemudian datang ke depan, memanggil pelayan untuk berdiri di sebelahnya, dan bersedia untuk dimarahi walaupun pelayan itu tidak membuat kesalahan,” kata mereka menerusi Facebook.

Menurut restoran itu, pelanggan terbabit cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas berlaku kekacauan. Namun, boss restoran berkenaan cuba menghalangnya pergi dan memberitahu dia harus membayar bil.

“Sebilangan besar restoran akan memberi reaksi yang sama (meminta pelanggan membayar). Lagipun, kos pinggan makanan laut bukan sikit. Ia mempunyai sembilan jenis makanan laut yang berbeza,” kata mereka.

Melihat bahawa tidak ada yang dapat mereka lakukan kepada pelanggan yang melarikan diri, pemilik restoran memutuskan untuk membiarkan masalah itu.

Image via Fatt Kee Roast Fish (Facebook)

Pelanggan itu kemudiannya memuat naik posting di Facebook untuk mencemarkan nama baik restoran dengan membuat kenyataan palsu

Dalam satu posting yang dimuat naik, pelanggan tersebut menyatakan restoran itu sebagai perniagaan yang tidak jujur, dengan menambah, “Saya belum mula makan dan saya diberitahu untuk membayar RM210 setiap orang.”

Restoran berkenaan mendapati pelanggan tersebut telah membuat komen memfitnah mengenai mereka.

Pelanggan itu menulis di postingnya agar tidak mengunjungi restoran berkenaan kerana mereka bertindak seperti “samseng”. Dalam pada itu, dia mengatakan restoran itu “dikendalikan oleh samseng”.

Malah, pelanggan itu mengatakan bahawa dia mengunjungi restoran berkenaan bersama 12 orang rakannya, tetapi berdasarkan rakaman CCTV, Fatt Kee Roast Fish mengatakan bahawa pelanggan itu hanya makan bersama enam orang.

Pelanggan itu juga mendakwa bahawa dia diarahkan untuk membayar RM210 setiap orang atau RM1,260 keseluruhannya jika ia dikira berdasarkan kepada enam orang makan.

Dia mengatakan restoran itu menghidangkan lobster bersaiz besar dan itu menyebabkan mereka untuk menolaknya.

Beberapa komen dalam posting pelanggan terbabit juga menunjukkan mereka memanggilnya “Datuk” sementara. Pelanggan itu turut memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Image via Fatt Kee Roast Fish (Facebook)

Untuk melindungi perniagaan mereka daripada serangan netizen, pemilik restoran bertindak membuat laporan polis

Dalam satu posting yang telah dikemaskini, restoran itu mengucapkan terima kasih kepada netizen atas sokongan mereka walaupun perniagaan mereka telah terjejas disebabkan wabak Covid-19, dan sekarang mereka harus berdepan tuntutan mahkamah.

“Setelah berunding melalui panggilan telefon bersama pelanggan tersebut, “Datuk” itu masih tidak mengakui kesalahannya dan mengatakan perkara itu akan diselesaikan melalui undang-undang,” kata mereka.

Image via Fatt Kee Roast Fish (Facebook)

Lain kali tengok harga dulu ya sebelum nak order penting tu! 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: