Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Teknik menangkap ayam selalunya dimonopoli oleh orang-orang tua kerana mereka lebih berpengalaman berbanding orang muda
Tambahan lagi jika ayam itu liar, sudah pastinya agak sukar untuk menangkapnya. Kalau diberi peluang buat orang muda, confirm ramai yang tak sanggup nak main ‘kejar-kejar’ dengan si ayam.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang atuk ini apabila dia terciduk ketika ingin menangkap seekor ayam yang sedang makan di depannya mencuri tumpuan ramai di laman TikTok.
Lihat video itu di bawah:
@yusmanto45
Baru nak tangkap, si ayam pula terperasan auto lari selamatkan diri
Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsi oleh Yusmanto, kelihatan ayahnya cuba untuk menangkap seekor ayam yang sedang leka mematuk dedak di depannya.
Kemudian, ayahnya bergerak sedikit demi sedikit ke depan dengan perlahan untuk menangkap si ayam. Tetapi, belum sempat berbuat apa-apa si ayam itu pantas mendongak dan melarikan dirinya daripada ditangkap.
Gara-gara terciduk, si ayah spontan menggaru dagunya konon nak cover malu. Namun gelagatnya itu sempat dirakam oleh Yusmanto dan dia turut tersengih apabila ternampak camera.
Yusmanto turut memuat naik satu lagi video sambungan cubaan ayahnya menangkap ayam tetapi dia sekali lagi diprank
@yusmanto45 kasian bapak ##cucokcucucimory ##fyp ##BertualangRasa ##fyp
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.8M views, 377.3K likes serta 16.8K shares di TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Ada yang sempat berseloroh berkata “no chicken dinner tonight” kepada atuk itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Lawaklah cik yam tu pun macam tahu-tahu je dia nak kena sembelih ya 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!