Site icon Malaysia now

Nak Putih Sampai Sanggup Buat ‘Whitening Drip’ Sendiri, Gadis Ini Derita Organ Rosak

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai berpendapat asal nak jadi cantik je, perkara pertama mestilah mempunyai kulit yang putih

Mengapa masih ramai terutamanya kaum wanita mempunyai mentaliti seperti itu ya? Adakah mereka yang berkulit gelap itu tidak cantik dan menawan?

Jadi tidak hairanlah kalau ada yang sampai sanggup melakukan apa saja semata-mata nak putih dan kelihatan cantik, contohnya mengambil produk whitening drip yang tidak diiktiraf.

Sama seperti perkongsian tular di TikTok ini daripada @eylaamazlan apabila seorang gadis dikatakan telah mengambil pelbagai jenis whitening drip sehingga menyebabkan dia kini terlantar di hospital kerana mengalami kerosakan organ dalam badan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@eylaamazlan

Sebagai peringatan bersama dekat luar sana. benda dah jadi depan mata . jaga diri okay .

original sound – eylaamazlan

Terlalu taksub nak putih sampai sanggup berhabis duit beli whitening drip di Shopee

Menerusi perkongsian tersebut, Eylaa Mazlan menceritakan mengenai pesakitnya yang kini sedang berjuang untuk hidup akibat sering mengambil produk whitening drip dari Jepun.

“Patient ambik benda alah ni semata-mata nak cantik, akhirnya makan diri sendiri and tengah berjuang untuk hidup. Umur muda lagi, takutnya. Depan mata tengok multiorgan failure. Sekarang tengah on dialisis”

“Berani pulak tu ambik yang entah apa-apa tulisan, jadikan ini pengajaran ya kawan-kawan. Patient tak sedarkan diri, now tengah bergantung dengan bantuan pernafasan. Jangan sebab taksub nak putih ambik bukan-bukan ya”

Bila tengok ubat ni macam manalah boleh confident nak drip bagai, kesian. Lawa budaknya, tapi sayang. Doakan dia dapat survive tau,” katanya.

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

“Allahuakbar, kesian sangat kalau terlalu taksub nak cantik tanpa ilmu yang betul. Putih tak bermaksud lawa, please don’t normalize nak putih guys” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 83.4K tontonan, 5K tanda suka serta 532 perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terkesan dengan peringatan yang diberikan oleh Eylaa dan ada juga yang pernah mengambil whitening drip seperti gadis tersebut tetapi tidak tahan lama kerana jatuh sakit sehingga muntah teruk.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

Image via @eylaamazlan (TikTok)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: