Site icon Malaysia now

Mission Impossible 7, punca Tom Cruise & Hayley Atwell bercinta

Tom Cruise dan Hayley Atwell dikatakan sedang hangat bercinta. (Gambar Facebook)

Pelakon filem Mission Impossible 7, Tom Cruise, 58, dikatakan bercinta dengan aktres Hayley Atwell, 38, yang digandingkan dengannya dalam filem yang sama.

Menurut sumber, hubungan mereka mulai rapat ketika terbabit dengan penggambaran filem tersebut.

“Tempoh berkurung akibat pandemik Covid-19 dan menghadapi segala kesukaran bersama menjadikan mereka lebih dekat dan sukar untuk dipisahkan,” katanya.

Berikutan COVID-19, filem Mission Impossible 7 yang sepatutnya memulakan penggambaran di Eropah pada Februari itu terpaksa ditunda dan penggambarannya hanya bermula September lalu.

Sejak berpisah dengan pelakon, Katie Holmes pada 2012, Tom sangat berahsia tentang kehidupannya. Tom dan Katie mempunyai seorang anak perempuan, iaitu Suri Cruise.

Filem Mission Impossible 7 dijadualkan menemui penonton pada November tahun 2021.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com