Sejak kecil kita pasti mempunyai barang mainan kesukaan tetapi tidak dapat memilikinya kerana terlalu mahal bukan?
Namun, bukan semua orang dapat memiliki apa yang mereka mahu daripada ibu bapa. Jadi, sudah pasti ada keinginan untuk memiliki barang tersebut apabila sudah mempunyai duit nanti.
Tidak kiralah mainan apa sekali pun, kalau dah suka dan berkenan memang sanggup kumpul duit untuk mendapatkannya.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mendapat kejutan daripada isteri yang membelikan mainan idamannya sejak kecil lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
@chubbylullaby29 Sy hadiahkan apa yg awk suka. wlpn ia xsemahal dgn apa yg awk bg pd sy.Tp cukup buat awk happy, awk dpt apa yg awk suka. ##fyp ##HadiahAnnvsryAwlSbln
Suami terus menangis lepas tengok hadiah yang diberi oleh isteri
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri telah membuat kejutan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Si isteri kemudian memberikan hadiah permainan Digimon kepada suaminya dan secara tiba-tiba lelaki itu menangis selepas melihat hadiah yang diberikan.
Rupa-rupanya itu adalah permainan yang diinginkan suami sejak kecil lagi tetapi tidak pernah berkesempatan untuk memilikinya. Dia juga tidak menyangka yang si isteri akan menghadiahkan permainan idamannya itu sebagai hadiah ulang tahun mereka.
Lihat sambungan video penuh itu di bawah:
@chubbylullaby29 Reply to @admaahdhan09 Hadiah digimon. Suami minat mainan2 lama yg dulu masa kecik2 dia xpernah dpt.
“Bukan senang lelaki nak menangis. Semoga bahagia ya” – Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut tersentuh hati melihat reaksi lelaki itu yang sebak menerima hadiah daripada isteri.
Malah, ada juga yang memahami dengan keinginan lelaki itu yang sudah lama mahukan mainan tersebut. Ada juga yang menganggap bukan semua lelaki mudah mengalirkan air mata.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5,753 likes, 256 comments dan 45 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Tak kisahlah hadiah apa, yang penting ikhlas kan? 😉
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!