Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan, anak lelaki sememangnya lebih rapat dengan mak berbanding ayah
Begitu juga sebaliknya, namun kasih sayang antara anak-anak dengan ibu bapa tidak ada bezanya kerana mereka merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita.
Anak lelaki selalunya lebih suka menyakat ibu bapa berbanding anak perempuan. Sifat semulajadi mereka itulah yang menjadi penghibur seisi keluarga.
Sama seperti sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang lelaki menyakat ibunya di Starbucks menghiburkan orang ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
MAK SEBUT CHOCOLATE ROLL MCM MANA? ##makcikpetir ##makcikbawang ##fyp ##foryou
Suruh mak sebut chocolate roll, tak pasal-pasal dapat maki sebab loyar buruk
Menerusi perkongsian video daripada Farez Adnan, kelihatan dia dan ibunya sedang berada di kaunter Starbucks untuk memesan makanan.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia dengan sengaja menyuruh ibunya yang digelar ‘mak cik petir’ itu menyebut perkataan chocolate roll.
Sebaik saja ibunya menyebut chocolate roll dengan betul, Farez cuba membetulkan sebutan itu mengikut ejaannya sebiji-sebiji iaitu ‘choco late roll’.
Bengang dengan loyar buruk anaknya, mak cik petir pantas berkata “kepala bapak kau” dan membuatkan Farez gelak sakan sehingga bergema satu kedai.
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
“Gelak dia tak boleh bawak bincang ye, hahaha setepek mak dia bagi” – Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah berjaya meraih sehingga 3.1M tontonan, 340.5K tanda suka dan 9.8K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat cara Farez gelak dan ramai yang memuji mak cik petir kerana sangat sporting melayan karenah si anak.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Image via @farezadnanofficial (TikTok)
Sabar jelah mak cik petir selalu kena game dengan anak dia 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik