Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan yang menjadi tumpuan ramai orang
Jika korang singgah di sekitar bandar Kuala Lumpur, sudah semestinya banyak aktiviti dan tempat menarik korang boleh kunjungi.
Bukan saja tempat menarik, malah kafe-kafe di sekitar bandar Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan kerana keunikan dan keestetikan konsep yang diterapkan kafe tersebut.
Tambahan lagi buat korang yang sukakan suasana kafe unik untuk bergambar. Memang sesuai untuk instagrammable! Ini antara kafe menarik yang patut korang terjah di Kuala Lumpur:
1. Pokok KL
Kafe ini terletak di kawasan MAHSA College Kuala Lumpur. Ia merupakan kafe yang terkenal dan sering menjadi tumpuan ramai. Bukan itu saja, kafe ini berkonsepkan glasshouse yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. Love the nature!
Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, Off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)
Instagram: @pokok.kl
2. Kafe Kleptokrat
Kafe ini menjadi semakin popular disebabkan suasananya yang luar biasa. Walaupun design kafe dari luar kelihatan seperti kedai biasa, tetapi korang pasti akan terkejut dan teruja apabila lihat interior design kafe ini.
Kafe ini terdapat sebuah kolam ditengah-tengah. Apa yang menarik, bangunan ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun! Lepak di sini tentunya memberikan vibes seperti kafe luar negara.
Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)
Instagram: @kafe_kleptokrat
3. Jibby East
Kafe ini merupakan antara kafe hipster yang terkenal di KL. Selain makanannya yang sedap, port bergambar di sini juga sangat cantik dan menarik. Sesuai untuk korang dan kawan untuk dijadikan port lepak.
Alamat: Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi hingga 10 malam)
Instagram: @jibbyeastteam
4. Dotty’s Pastries & Coffee
Jika korang seorang penggemar pastri tegar, di sinilah jawapannya. Kafe ini sangat terkenal dengan menu pencuci mulutnya yang sangat enak. Terdapat pelbagai pilihan pastri yang korang boleh pilih dengan harga berpatutan.
Alamat: 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi hingga 10 malam)
Instagram: @mydottys
5. Merchant’s Lane
Kafe ini juga merupakan antara salah satu kafe hipster dan port lepak yang best di KL. Selalu mendapat sambutan ramai lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Memang penuh tempat duduk! Kafe di sini juga menyajikan selera tempatan dan barat.
Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, hari minggu (11.30 pagi – 10 malam) manakala hujung minggu (9.30 pagi – 10 malam)
Instagram: @merchantslane
6. Urban Artisan
Urban Artisan merupakan kafe yang berasal daripada Penang. Kafe ini sangat terkenal dengan aiskrim mereka yang unik dan pelbagai! Bukan itu saja, korang boleh cuba aiskrim premium mereka iaitu Green Tea, De Mango Mango dan French Valrhona Cocoa, best seller dekat sini!
Alamat: 149, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12.30 tengah hari hingga 6 petang)
Instagram: @urbanartisan_official
7. Little Rimba
Susah sebenarnya nak cari kafe hipster yang menyajikan menu tempatan kerana kebanyakannya menyediakan sajian barat. Tetapi, tidak dengan kafe ini kerana ia banyak menyediakan pelbagai menu tempatan kesukaan korang. Dekorasi kafe ini juga sangat menarik. Jadi apa tunggu lagi? Jom singgah!
Alamat: No1, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (7.30 pagi hingga 6.30 petang)
Instagram: @little rimba
Hujung minggu ni boleh plan dengan kawan-kawan korang. Nampak best semua tempat ni 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!