Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kalau anda nak tahu, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan pencarian Miss Grand International 2020
Banyak negara yang turut terlibat dalam pertandingan itu. Setiap negara diwakili oleh model wanita cantik yang memperagakan kostum unik mereka.
Pertandingan pusingan awal pencarian Miss Grand International itu baru berlangsung semalam, 24 Mac 2021. Finalis yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dipertandingkan pada 27 Mac ini.
Pada pertandingan pusingan awal, model Aurra Kahrishma iaitu wakil dari Indonesia telah memperagakan kostum yang sangat unik.
Lihat gambar berikut di bawah:
Model Indonesia itu mengenakan pakaian bertemakan “The Edacious of Chicken Satay”
Menurut sumber, pakaian ini direka oleh Jember Fashion Carnaval (JFC) yang cukup popular. Tema kostum unik itu bertemakan Sate Madura yang melambangkan pelbagai budaya dan makanan dari Indonesia.
Kostum Sate Madura itu telah diinspirasikan oleh sate ayam dari Madura, Jawa Timur. Elemen merah, putih dan hitam yang dipakai oleh model pula melambangkan penjual sate.
Video peragaan itu membuatkan ramai orang terpukau setelah model tersebut mendedahkan kostumnya
Lihat video penuh itu di bawah:
AURRA KHARISHMA!!!#MissGrandIndonesia#MissGrandInternational pic.twitter.com/gNToxbC4xj
— (@rizkidwika) March 24, 2021
Sungguh kreatif dan unik bukan? Teringin pula nak makan sate! 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

