Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bulan Ramadan kali ini merupakan tahun kedua umat Islam menjalaninya dalam suasana pandemik Covid-19
Walaupun kerajaan sudah membenarkan solat tarawih dan bazar ramadan boleh dibuka, tetapi penjarakan sosial dan keselamatan diri adalah tetap harus dijaga.
Umum juga mengetahui yang perjalanan merentas negeri masih dilarang oleh kerajaan bagi mengurangkan wabak ini daripada terus merebak. Sudah tentu ramai yang sedih kerana tidak boleh berjumpa dengan orang tersayang. Malah, ada yang sampai terkandas di negeri lain.
Baru-baru ini, restoran makanan segera terkenal McDonald’s telah mengeluarkan satu video iklan pendek dan ia telah dikongsikan semula oleh salah seorang pekerja Malaysia yang berada di Singapura di laman Twitter.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kepada semua rakan seperjuangan yang bekerja di Singapura, banyakkan bersabar dan terus kuat. Kita cari rezeki di perantauan bukan untuk sesiapa, buat mereka di sana juga.Truly amazing, McDonalds Singapore and Malaysia came together to bring these families closer! pic.twitter.com/fuPI3jMmaT
— #TeamRayaTemasik Nazmi (@NazmiHanafiah) April 18, 2021
Video iklan McD Singapura ternyata menyentuh hati ramai
Menerusi video tersebut, ia memaparkan perkongsian seorang lelaki pekerja Malaysia bernama Samsuri yang terkandas di Singapura akibat Covid-19.
Dia juga memberitahu terpaksa menjalan ibadah puasa di Singapura tanpa isteri dan anaknya.
Malah, terdapat beberapa orang lagi di dalam video tersebut yang berkongsi kisah mereka kerana terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa kehadiran keluarga.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Doakan saya dan rakan-rakan disini semoga terus cekal.Tak mudah, tapi hidup perlu diteruskan Credit: IGTV @/mcdsg pic.twitter.com/wury2MrIvl
— #TeamRayaTemasik Nazmi (@NazmiHanafiah) April 18, 2021
“Allahu aku pula yang rasa sebak part last tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak setelah melihat video tersebut.
Malah, ramai yang telah memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu. Ada juga yang berkongsi kisah sama mereka apabila lama tidak berjumpa dengan orang tersayang.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 48.4K views, 1,570 retweets dan 1,888 likes di laman Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman Twitter:
Paham sgt perasaan ni. Ya Allah. Almost 2 years. Tak balik jumpa makbapak. Family kt kpg walupun duduk dlm malaysia jugak. Kalau tak sbb kuarantin 14 hari tu mmg dh balik dh. Tp sbb kuarantin tu lh sampi skrg tak balik dgn cuti dpt 2 hari sahaja. Tiap2 hari menangis, ingt family
— ا ت ي ن (@najafendi) April 18, 2021
Sapa potong bawang ni
— (@ohfakitskyr) April 18, 2021
Mak tiap minggu VideoCall dgn abg kt sana. Lepas VC mak nangis..xle nangis depan abg nnti abg nak balik.. lepas raya mgkin sorg lagi pergi sana….covid naik salah siapa?? pic.twitter.com/kfhvUY61ow
— F471Π (@akusifatin) April 18, 2021
sepupu aku laki dia still lagi kat Singapore sne, tak balik lagi sejak mula covid
— JAMILFARHAN (@jamilfarhan1993) April 18, 2021
allahuusemoga kaliah tabah
— Seketul Gadis (@iAmNobody131) April 18, 2021
Allahu aku pula yang rasa sebak part last tuStay strong bro
— EzzaT (@official_ezzat) April 18, 2021
Sedih tengok
— Bang Itachi (@Bangitachi_) April 18, 2021
Nangis tengok ni
— نى (@smverniee) April 18, 2021
Tiba-tiba mata masuk habuk lepas tengok video tu. Memang tersentuh :’)
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!