Site icon Malaysia now

Komen Di Video TikTok Wanita Hamil Yang Mengidam Ini Buat Netizen Berang

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap wanita yang sedang mengandung pasti akan rasa mengidam nak makan macam-macam

Kebiasaannya, wanita hamil akan ada waktu-waktu mengidam sehingga kadang-kadang makanan itu jarang untuk didapati.

Pelbagai kerenah wanita yang hamil ini sebenarnya. Sebelum ini tidak pernah suka makanan tu, tapi bila mengandung je memang teringin.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita hamil membuat content dia sedang mengidam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lizadarwisy87

RODA PART 1#fyppppppppppppppppppppppp

original sound – putriariani – putriariani

Komen di laman TikTok membuatkan segelintir netizen berang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lizadarwisy87, kelihatan dia sedang berlakon mengidam teringin makan durian tetapi tidak boleh dibeli kerana harganya yang mahal.

Apa yang menimbulkan berang ramai adalah apabila video itu menerima beberapa komen daripada segelintir netizen yang menceritakan pengalaman mereka semasa mengidam di TikTok.

Lihat posting tersebut di bawah:

Tiktok akak ni pasal mengidam.. and the comments really hurts my heart. pic.twitter.com/P3blR9DhME

— Khaleeda (@SheMizuhara) May 16, 2021

Geram dengan perangai suami yang endah tak endah

Netizen berkongsi tentang pengalaman mereka apabila mengidam. Sampaikan ada yang tidak dilayan oleh suami.

Mereka berang dengan sikap para suami yang tidak menjaga hati dan perasaan si isteri yang sudah banyak berkorban sejak hamil hingga melahirkan anak.

Image via @lizadarwisy87 (TikTok)

Image via @lizadarwisy87 (TikTok)

Image via @lizadarwisy87 (TikTok)

Perkongsian di ruangan komen itu membuatkan netizen di Twitter juga marah dengan sikap sesetengah suami yang tidak mempedulikan kemahuan isteri mereka ketika hamil

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan meraih 23K retweets, 6K quotes tweets dan 24K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

Apa kena eh lelaki zaman skrg ni? Tadi isu susu mahal suruh jimat2 minum milo pun boleh besar dpt degree jgk. Ada yg kata rela jadi hamba susu lembu dari susu isteri sendiri. Skrg isteri mengidam kata menyusahkan. Penat la aku jadi lelaki ni. Esok pakai kebaya kang!

— Zearul Azmi (@Huzairul01) May 17, 2021

Kenapa kesian? Nak kata buka aib? Habistu treat wife macam sampah lepas dah mengandungkan dia tetiber tak dosa eh? Tu belum anak dah lahir lagi tah terjaga ke tak anak tu nafkah etc dah kalau baru mengandung pun layan macam sampah

— rai (@itsraimisyahmi) May 17, 2021

sedihnya baca. i kalau seminggu sebelum datang bulan pun boleh mengidam macam macam. nanti dah kahwin, pastu pregnant, nak ke laki i layan i yg mengidam benda pelik pelik. macam ni takyah la kahwin.

— ‍ (@syzi_) May 17, 2021

Sumpah aku benci suami jenis mcm ni! Hakikatnya banyk okay. Banyak terkena dia tahu pancut je, lepas tu biar, buat bebal semua lepas dekat isteri. Pastu acah nk kawen 2,3 taik betul. Aku harap golongan laki mcm ni kita hantar ramai2 dekat palestin sana biar kne bomb kt sana!

— Mishmiera (@Miera_zainuddin) May 17, 2021

Tahu tak siapa org yg selalu akan beruasaha memenuhi permintaan seorang perempuan tu selain suaminya? Ayah. Dulu masa pregnant kalau balik kg, ayah aku pantang dengar aku nak makan apa semua dia carikan. Thankyou both. Husband and abah

— fikaaaChiuuu (@nurhafiqahhh) May 17, 2021

weyh mengidam time mengandung ni bukan main2 /mengada tau. sumpah dia dtg dari hati. mmg nkkk sgt makan.jenis laki yg x peduli bini nk apa time pregnant ank kau ni, boleh g mam. benda senang pun x boleh nk layan if nk compare with pengorbanan wife pregnant.

— are10youngna? (@atenyanashahril) May 17, 2021

Sama la, saya bila period teringin makan something, pernah ajak anak buah makan nasi kukus tapi dia busy lepastu keluar sorang sambil menangis. Kecik hati sebab tak dapat makan dan orang tak nak layan. Padahal selama ni ok je makan sorang². Perangai memang pelik kalau period

— Saya Rose, hai (@theonly_roses) May 17, 2021

Aku ni jenis tak mngada ngada plus sumpah tak nak susahkan suami masa 1st pregnncy ,, ada satu hari tu aku nak sgt makan cempedak goreng tapi aku mcm eh takpelah tak nak susahkan laki aku .. sekali , masa otw balik aku mnnges mcm orang gila padehal aku x tahu aku mnges sbb apa

— sarax.fy (@jemahgonzales) May 17, 2021

Entah la, dia kan kalau dengan isteri sendiri pon nak kedekut, rezeki mahal. Takde keberkatan. Even sedekah pon lebih afdal kepada yang terdekat dulu macam family & adik-beradik, baru fikir orang luar.

— ° (@cerisewalnut) May 17, 2021

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: