Site icon Malaysia now

Kes COVID-19 hampiri angka 90,000

PETALING JAYA: Kes baharu COVID-19 hari ini menghampiri angka 90,000 apabila merekodkan 1,220 kes dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,297 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 1,214 kes penularan tempatan manakala baki 6 kes mendapat jangkitan dari luar negara.

“Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 368 kes diikuti Kuala Lumpur (297 kes) dan Sabah (184 kes),” katanya dalam kenyataan.

Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 106 kes positif sedang dirawat di ICU, yang mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 432 kes.”

“Tiga kes berkenaan dilapor dari Sabah (2 kes) dan Johor 1 kes).”

Setakat ini, Malaysia merekodkan 89,133 kes COVID-19 sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 14,671 kes.