Site icon Malaysia now

Kalau Anda Nak Tahu, Ini 7 Tempat Menarik Paling Berhantu Di Malaysia. Seram Habis!

Betul ke tempat-tempat menarik dekat Malaysia banyak yang berhantu?

Gambar sekadar hiasan.
Image via Bulletin Media

Kita selalunya sering mendengar mengenai kisah seram hanya berlaku di sekolah, rumah tinggal, kolej dan dan hotel saja.

Tapi tahukah anda rupa-rupanya terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia juga ada yang berhantu?

Mungkin ada di antara anda yang pernah dengar atau mengalami sendiri gangguan di tempat-tempat yang bakal kami kongsikan ini. Namun, mungkin juga ada yang tidak pernah tahu kisah seram di sebalik lokasi yang pernah dikunjungi.

Ikuti perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna ini di laman sosial Twitter beberapa hari lepas.

1. Kellie’s Castle, Perak

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Menurut sumber, bangunan yang berumur lebih 100 tahun ini dulunya rumah milik orang putih. Ia cukup gah sehinggakan dikatakan bakal menjadi bangunan pertama dalam Malaya yang ada lif.

Tetapi sewaktu pembinaannya, ramai buruh yang mati. Kemuncak tragedi bangunan 14 bilik ini ialah pemiliknya sendiri mati sebelum ia siap sepenuhnya.

Walaupun tidak sekerap dulu, hantu pemilik Kellie’s Castle ini dikatakan masih boleh kelihatan termenung dekat tingkap bila tiba waktu senja.

Kelibat anak perempuannya, Helen juga masih dikatakan berlegar-legar dengan gaun malam putihnya di kawasan koridor Kellie’s Castle. Kadang-kadang orang terdengar suaranya menangis.

Tempat ini hampir setiap hari dikunjungi pelancong baik dari luar atau dalam negara. Anda boleh masuk ke bilik utama, naik ke kawasan bumbung, dan tengok sendiri kawasan tempat simpanan kain linen milik hartawan Scotland ini. Anda juga akan dapat rasa betapa sejuknya bangunan ini walaupun cuaca di luar panas berapi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Opini Dizu

2. Muzium Setem, Melaka

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Muzium Setem Melaka ini jarang dikunjungi pelancong. Kalau ada yang tahu sejarah bangunan muzium ini, mungkin anda tahu betapa berkurangnya jumlah pelancong yang hadir ke tempat ini.

Menurut cerita, tempat ini dulunya ada seorang rahib. Rahib yang sepatutnya tidak boleh berkahwin dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang askar Portugis sampai dia mengandung. Sebagai hukuman, dia ditanam hidup-hidup di taman belakang rumah ini.

Mungkin sebab rohnya tidak tenteram, ia selalu dilihat di sekitar kawasan rumah ini. Ia cukup dikenali oleh keluarga pemilik rumah ini sehingga anak-anak tuan rumah menamakan hantu ini sebagai ‘kawan mummy’. Ia selalu dilihat duduk di beranda, dengan wajah menghadap ke laut.

Kisah ini sangat popular di Melaka pada waktu itu sehingga ia digelar Hantu No. 7 Fort Road. Rumah yang diketahui sebagai antara bangunan Belanda tertua di Melaka ini ditukar menjadi muzium setem hanya pada tahun 2007.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Denver Catholic

3. Muzium Perang, Pulau Pinang

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Malaysia, ini antara tempat menarik yang pemiliknya sendiri mengaku bahawa kawasannya berhantu. Muzium Perang ini dulu kubu British dan dikatakan dibina oleh banduan dari India yang menunggu hukuman mati.

Apabila siap, semua banduan dikatakan dibunuh untuk memastikan kubu ini kekal rahsia dan tidak diketahui orang luar. Apabila Jepun menyerang Malaya, kubunya ini ditinggalkan dan Jepun kemudiannya menukarkan tempat ini menjadi pusat seksaan.

Ramai tahanan yang mati diseksa, dipancung dan digantung di dalam kubu ini. Pendek kata, kawasan ini banyak memakan nyawa, sampai penduduk sekeliling pun memanggilnya dulu sebagai Bukit Hantu.

Muzium perang ini juga tersenarai dalam program I Wouldn’t Go In There oleh National Geographic sebagai antara 10 tempat paling paling seram dalam Asia.

Image via @hadesmelayu (Twitter)

4. Paradigm Mall, Johor

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Mall ini dulunya dipanggil Kemayan City. Ia terbengkalai selama 20 tahun sampailah dibuka sebagai Paradigm Mall pada 1998. Semasa terbengkalai, orang Singapura memanggilnya mall puaka.

Al-kisahnya, ada satu keluarga dari Singapura yang baru balik dari kenduri di Melaka lalu dekat kawasan Kemayan City, ini. Semasa itu, mereka nampak yang mall ini beroperasi seperti biasa dengan lampu bergemerlapan walaupun sudah pukul 9 malam. Mereka masuk dan shopping macam biasa.

Sebelum sampai Singapura, mereka singgah di rumah saudara di Kampung Pasir yang tidak jauh dari situ.

Bila mereka bercerita tentang mall yang mereka pergi tadi, muka saudara mereka berubah pucat. Kata mereka, bangunan itu sudah lama terbengkalai.

Kain baju yang mereka beli di mall itu pun hilang secara tiba-tiba. Ada juga pemandu teksi yang bercerita bahawa mereka menerima penumpang dan mahu ke Kemayan City. Sebaik saja sampai, penumpang itu ghaib.

Image via Mothership

5. Bukit Cina, Melaka

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Kawasan Bukit Cina dekat Melaka ini terkenal dengan perigi Hang Li Po. Tempat ini tidak begitu dikenali dalam kalangan orang Melayu. Tetapi, kalau pelancong asing dari China datang ke Malaysia, Bukit Cina adalah antara tempat wajib yang mereka tuju.

Jika anda tidak pernah menjejakkan kaki ke sini, anda takkan tahu yang kawasan ini juga banyak kubur lama orang Cina. Sesetengah kubur ini sudah ada sejak zaman 1620-an lagi. Bukit ini juga dulunya kawasan jogging orang tua-tua.

Sekitar tahun 60-an dan 70-an, kubur dekat sini antara tempat favourite kaki nombor ekor yang menurun untuk dapatkan nombor bertuah mereka daripada hantu Bukit Cina. Mereka yang berjogging dekat sini dulu dikatakan selalu terserempak dengan seorang perempuan muda Cina yang cantik jelita.

Ia berpakaian bangsawan seperti dulu kala dan selalu tersenyum pada orang yang melihatnya. Cuma ia tidak kacau sesiapa. Kata orang ia hantu Hang Li Poh dan dia mati serta dikebumikan dekat situ. Entah betul entah tidak, Hang Li Po saja yang tahu.

Image via @hadesmelayu (Twitter)

6. Rumah Agnes Keith, Sabah

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Rumah Agnes Keith yang pernah dihuni penulis terkenal Amerika ini tidak jauh dari bandar Sandakan.

Rumah ini penting kerana gelaran Negeri di Bawah Bayu itu datangnya dari Agnes. Malah, bukunya pun ada tajuk yang sama.

Ia juga adalah contoh rumah kolonial tahun 1940-an yang masih cantik dengan barangan antik yang dipelihara baik. Tetapi, sebenarnya rumah ini berhantu. Sewaktu beliau tinggal di sini sendiri beliau pernah bercerita pengalaman seramnya.

Katanya, dia memang tidak percayakan hantu. Tetapi, setiap hari beliau akan ternampak kelibat seorang perempuan yang keluar dari kawasan rumahnya sambil mengendong seorang bayi dan melambai tangan kepada ‘seseorang’ di dalam rumah itu.

Wanita itu boleh berjalan ke depan, walaupun mukanya sentiasa menoleh ke belakang. Selepas Agnes, orang lain yang tinggal di sini pun pernah mengalami pengalaman mistik.

Salah seorang daripada mereka menceritakan bahawa pernah sekali bilik di hujung rumah ini berbunyi pada waktu malam, dan dia mendengar bunyi tapak kaki bergerak ke arah biliknya.

Pintu biliknya terbuka dan tiba-tiba muncul seorang perempuan berpakaian pinafore, dengan kepala berbalut kain putih yang penuh darah. Dia tidak ingat apa-apa selepas itu kerana dia pitam selepas melihat kelibat perempuan itu.

Image via @hadesmelayu (Twitter)

7. Muzium Negeri, Pulau Pinang

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Hospital lama selalunya berpenunggu. Ini juga mungkin penyebab Muzium Negeri Pulau Pinang ini termasuk dalam senarai tempat menarik dalam Malaysia yang berhantu. Semasa ia dibuka pada tahun 1915, ia sebenarnya adalah hospital bersalin.

Jadi, dekat sini bukan saja ada bilik untuk melahirkan bayi, tetapi ada juga bilik mayat. Tetapi, bahagian ini sekarang menjadi bangunan terbiar. Dalam temuramah dengan suratkhabar The Star, staf muzium ini mengaku yang CCTV muzium ini ada merakam perkara yang pelik-pelik.

Contohnya pintu terbuka atau tertutup sendiri, kerusi berubah tempat, dan staf yang terdengar bunyi orang mengeluh di kawasan bangunan yang dulunya bilik mayat.

Disebabkan itulah, guard dekat sini dikatakan tidak akan meronda bila jam sudah masuk 12 malam ke atas. Kalau anda sukakan pengalaman seram sebegini, muzium ini ada menyediakan program bermalam dekat 57 Jalan Mcalister. Anda boleh masuk, tidur, dan melawat sendiri kawasan muzium ini pada waktu tengah malam.

Image via @hadesmelayu (Twitter)

Apa macam? Anda berani ke nak pergi semua tempat ni lepas dah tahu kisah seram sebenar? Atau ada yang dah pernah kena kacau? 😛

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: