Site icon Malaysia now

Jangan abaikan waktu tidur

Kurang tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. (Gambar Rawpixel)

Tidur sangat penting untuk kesihatan. Sama seperti menjaga rutin makanan dan bersukan, tidur juga perlu diimbangi dengan waktu teratur untuk membantu mendapatkan tubuh sihat.

Namun, ramai yang mengalami masalah kurang tidur kerana tidak mengambil berat tentang masa tidur mereka.

Bagi mereka, urusan peribadi, masalah kerja dan kehidupan adalah lebih penting dari tidur yang sempurna.

Tetapi sebenarnya, bagi menyelesaikan semua masalah ini, anda hanya perlu tidur yang cukup untuk bangun pagi dengan minda yang lebih sihat dan segar bagi membantu menyelesaikan segala masalah.

Waktu tidur yang diperlukan

Berikut adalah saranan dari ‘National Sleep Foundation’ mengenai tidur yang disesuaikan dengan usia.

Ada bukti yang mengatakan, faktor genetik, tingkah laku, dan persekitaran membantu menentukan waktu tidur yang diperlukan seseorang untuk kesihatan mereka.

Namun, setiap orang disarankan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam untuk memperbaiki kesihatan.

Kesan kurang tidur

Mengurangi waktu tidur akan memberi kesan negatif kepada kesihatan antaranya:

Sekiranya tidak mendapat tidur yang cukup, ia boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan jangka panjang yang serius. Antaranya ialah tekanan darah tinggi, diabetes, serangan jantung dan strok.

Masalah lainnya termasuk obesiti, depresi dan kurang gairah dalam hubungan seks.

Kurang tidur juga boleh mempengaruhi penampilan, meningkatkan faktor penuaan dan menyerlah lingkaran hitam di bawah mata.

Tidak mendapat tidur yang cukup, akan meningkatan hormon stres (kortisol) di dalam tubuh. Kortisol pula akan menghancurkan kolagen. Padahal, kolagen adalah protin yang menjaga kulit agar tetap halus dan tegang.

Waktu bangun tidur yang konsisten

Bangunlah dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hari sabtu dan ahad. Dengan bangun di waktu yang sama setiap hari, akan membantu kita tidur lebih nyenyak di malam hari.

Waktu bangun yang konsisten akan membangkitkan keinginan kuat untuk terlelap apabila sukar tidur.

Jika terlalu banyak tidur di waktu siang, maka keberangkalian sukar bangun awal di hari keesokannya atau hari bekerja adalah lebih tinggi.

Anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti seperti mandi air hangat atau membaca buku sebelum tidur.

Jangan bermain gadget

Bermain telefon atau gadget elektronik akan membuat fikiran kita terjaga, sehingga menyukarkan tidur.

Oleh itu, elakkan dari bermain telefon atau dan tablet satu jam sebelum waktu tidur.

Jangan lihat jam apabila terbangun di malam hari

Apabila terjaga pada waktu malam, kita pasti melihat jam untuk mengetahui waktu terjaga. Namun, sebenarnya sewaktu melihat jam, kita bukan sekadar melihat angka. Kita akan mula mengira jumlah waktu tidur iaitu sudah berapa lama anda tidur dan apa yang perlu dibuat keesokan harinya.

Tanpa sedar, waktu terus berjalan dan anda telah kehilangan masa tidur yang berkualiti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com