Kecoh baru-baru ini apabila seorang instafamous memberi ulasannya mengenai isu curang yang mendapat perhatian ramai
Kes curang bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam masayarakat kita. Malah, isu ini sangat sensitif kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku.
Apa yang lebih mendapat perhatian adalah apabila seorang instafamous mengeluarkan kenyataannya mengenai isu ini dan mengapa ia berlaku pada diri seseorang.
Image via Business Insider
Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu curang dengan izin Allah
Disebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan ulasan yang dikeluarkan oleh instafamous itu, seorang individu telah bertanyakan soalan tersebut kepada pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perbuatan curang yang dikatakan kerana izin Allah di laman Facebook mereka.
Lihat penjelasan penuh itu di bawah:
SOALAN :
Assalamualaikum. Baru-baru ini dalam Twitter kecoh tentang kenyataan seorang influencer yang menyebut bahawa seseorang itu curang dengan izin Allah. Banyak lagi kenyataan beliau yang boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang menjadi ‘follower’ beliau. Boleh atau tidak kita menisbahkan sesuatu perkara maksiat atau jahat yang kita lakukan kepada Allah SWT? Seakan-akan kita mengatakan bahawa Allah redha dengan kejahatan yang kita lakukan. Seperti curang dengan izin Allah, mencuri dengan izin Allah, buat salah dengan izin Allah.
Mohon pencerahan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN :
Kesimpulannya, perbuatan menisbah kejahatan, keburukan dan maksiat yang dilakukan kepada Allah SWT ialah perbuatan yang tidak beradab terhadap-Nya. Ya, Allah SWT menciptakan semua perkara termasuk semua keburukan dan kejahatan, namun sebagai adab terhadap Allah SWT kita tidak boleh menisbahkan kepada-Nya kecuali perkara-perkara yang baik sahaja.
Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, setiap hamba Allah mempunyai pilihan sama ada melakukan perkara kebaikan atau kejahatan. Namun kesemuanya tidak terkeluar dari kehendak Allah SWT. Daripada pilihan inilah manusia diuji dan akan diberikan balasan berdasarkan pilihan mereka semasa di dunia.
Selain itu, ucapan ‘saya melakukan maksiat ini dengan izin Allah SWT’ tidak melazimi bahawa Allah SWT redha terhadap perbuatan maksiat tersebut. Ini kerana kehendak (iradah) Allah SWT tidak melazimi keredhaan-Nya. Oleh itu, sesiapa yang melakukan maksiat dengan pilihan dan kehendaknya sendiri, maka dia mendapat kemurkaan Allah SWT. Ucapan sebegini tidak sepatutnya disebut dan malah perlu dielakkan, apatahlagi jika diniatkan untuk menghalalkan perbuatan maksiat dilakukan oleh seseorang.
WaAllahu a’lam.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai isu tersebut
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 593 likes, 27 comments dan 476 shares di Facebook.
Semoga perkongsian di atas dapat menjawab persoalan dan memberikan jawapan yang kita cari 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!