Site icon Malaysia now

Isteri Terkejut Jumpa ‘Lipstick’ Perempuan Lain, Tapi Reaksi Si Suami Pula Bikin Terhibur

Lipstick merupakan aksesori kecantikan yang sangat penting buat kaum wanita

Mana tidaknya, dengan memakai lipstick ia sedikit sebanyak dapat menaikkan keyakinan seseorang itu berdepan dengan orang ramai.

Lipstick boleh didapati dalam pelbagai warna kesukaan anda. Ianya juga sangat mudah untuk dicari di pasaran.

Namun, lain pula dengan video yang viral di TikTok baru-baru ini apabila seorang isteri terjumpa lipstick perempuan lain di dalam kereta suaminya mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nimaslaputri

Lipstik nya iron man ##fyp ##samasamadaritiktok ##kunci ##lipstick ##masukberandagak ##voiceeffects

original sound – Nimas LA Putri

Sedih bila masuk kereta nampak lipstick perempuan lain

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang menaiki kereta bersama suaminya sebelum dia ternampak sebatang lipstick di bahagian pintu penumpang.

Dia kemudian berasa terkejut kerana menyedari bahawa lipstick itu bukan miliknya. Akhirnya dia bertanya kepada si suami jika ada wanita lain yang menaiki kereta itu.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila si suami meminta isterinya menunjukkan lipstick tersebut dan mendapati itu sebenarnya hex socket wrench.

Image via @nimaslaputri (TikTok)

“Hahaha, aku pun baru tahu tu untuk buka tayar” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa terhibur melihat video berkenaan.

Malah, ada di antara mereka juga yang tidak tahu bagaimana rupa hex socket wrench dan pasti akan menganggap perkara yang sama seperti wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 367.9K likes, 7666 comments dan 4230 shares di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Image via @nimaslaputri (TikTok)

Aduhai, ingatkan betul ada lipstick perempuan lain tadi 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: