Site icon Malaysia now

Ini 7 Senarai Idea Hadiah Kahwin Yang Menarik & Convenient Untuk Pengantin Baru

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis perkahwinan merupakan satu acara di mana ramai ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin baru

Sebagai simbol meraikan hari istimewa pasangan mempelai, memberi hadiah perkahwinan juga sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat kita.

Memandangkan ada kemungkinan besar majlis perkahwinan akan dibenarkan semula dalam tempoh masa terdekat, mungkin anda masih belum mempunyai idea untuk memberikan hadiah apa kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin bukan?

Jadi, apa kata anda cuci mata dan lihat cadangan hadiah kahwin yang kami akan kongsikan di bawah:

1. Barangan elektronik

Image via Joshuanoerr.com

Siapa je yang tidak suka kalau dapat peralatan elektronik seperti vakum, seterika, microwave, periuk nasi, blender, dapur elektrik, coffee maker dan macam-macam lagi bukan? Sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan kos pengantin untuk mengeluarkan duit selepas mereka berpindah ke rumah baru nanti.

2. Peralatan memasak

Image via Dekoruma

Pengantin perempuan sudah pasti merasa sangat gembira jika mendapat set peralatan memasak seperti periuk dan kuali. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk memasak di dapur. Idea lain adalah anda juga boleh memberikan set pinggan mangkuk buat mereka.

3. Barangan hiasan rumah

Image via Blog Sihatimerahjambu

Kalau anda mahu memberikan hadiah yang unik atau lain dari yang lain, cadangan kami adalah dengan membeli barangan hiasan rumah lebih-lebih lagi bagi pengantin yang sukakan dekorasi. Antara idea barangan adalah seperti jam dinding, pokok artificial, lampu hiasan dan frame gambar.

4. Set cadar katil

Image via Shopee

Barangan kelengkapan bilik tidur juga penting buat pengantin baru. Antara barangan yang paling penting adalah semestinya cadar katil. Anda boleh mendapatkan bermacam jenis set cadar katil yang cantik hanya melalui online seperti Shopee dan Lazada.

5. Rak serbaguna

Image via SeeTracker Malaysia

Bila dah lengkap peralatan rumah, sudah pasti pengantin memerlukan tempat yang cukup untuk meletakkan barang-barang mereka bukan? Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk memberikan rak serbaguna kepada mereka. Seperti contoh, rak yang boleh DIY untuk meletakkan buku, kasut, perkakas dapur dan sebagainya.

6. Lukisan canvas

Image via My eHome Decor

Canvas frame seperti lukisan berwarna pastel atau kaligrafi nama Allah SWT juga menjadi pilihan ramai sebagai hadiah kahwin buat pasangan mempelai. Ia secara tidak langsung dapat menaikkan seri di rumah mereka.

7. Set langsir

Image via Pinterest

Selain daripada karpet, sejadah, cadar katil dan sarung bantal, langsir juga boleh dijadikan sebagai hadiah kahwin yang amat bermakna buat pengantin baru. Iyalah, kalau sudah pindah ke rumah baru sudah pastinya harus membeli langsir bukan? Sebaiknya anda memilih warna selamat seperti kelabu, hitam, cream atau putih supaya senang untuk mereka padankan dengan perabot rumah nanti.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau masih tak tahu nak bagi hadiah apa, lebih baik tanya terus dekat pengantin mereka nak hadiah apa. Lebih mudah dan jimat masa! 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: