Site icon Malaysia now

Ini 17 Senarai ‘Pelepasan Cukai’ Tahun Taksiran 2020 Daripada LHDN Yang Anda Boleh Claim

Pernah ada pengalaman buat e-Filing di laman web LHDN?

Bagi sesiapa yang pernah, proses mengisi e-Filing pastinya memberi satu pengalaman yang agak sukar dan memakan masa, terutamanya bagi yang pertama kali.

Maklumlah, proses mengisi e-Filing ini memerlukan seseorang untuk ingat kembali setiap nilai Ringgit yang dibelanjakan sepanjang tahun.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga telah mengeluarkan senarai penuh pelepasan cukai pendapatan tahun 2020 baru-baru ini.

Bagi cukai pendapatan 2020, LHDN telah mengeluarkan senarai yang membolehkan individu yang membayar cukai pendapatan tahunan layak menerima pelepasan cukai.

Berikut di bawah adalah merupakan senarai pelepasan cukai pendapatan yang telah dikeluarkan oleh pihak LHDN Malaysia:

Image via Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Facebook)

1. RM9,000 bagi individu

Bagi kategori individu dan saudara kandungan, pelepasan cukai dalam kategori ini akan diberikan secara automatik.

2. RM6,000 bagi OKU

Individu juga boleh menuntut pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

OKU tersebut mestilah telah berdaftar dan disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3. RM5,000 bagi perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa

Bagi individu yang masih mempunyai ibu dan bapa, anda boleh memohon pelepasan cukai bagi kategori ini sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam kategori ini, takrifan ibu bapa yang dimaksudkan adalah ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat (perlu pengesahan daripada pihak berkuasa sekiranya pemohon merupakan anak angkat).

RM3,000 bagi Ibu Bapa

Berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000 (Tahun Taksiran 2016 sehingga TT 2020)

Pelepasan ibu RM1,500 dan pelepasan bapa pula RM1,500

4. RM6,000 bagi peralatan sokongan asas

Pembelian peralatan sokongan asas ini terhad sama ada untuk kegunaan diri sendiri, pasangan, anak, dan ibu atau bapa sahaja.

5. RM7,000 bagi yuran pendidikan sendiri

Pelepasan cukai dalam kategori ini hanya layak kepada:

Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi sahaja.

Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah- sebarang bidang atau kursus pengajian.

Institusi pengajian tinggi tersebut mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

6. RM6,000 bagi perbelajaan perubatan untuk penyakit yang sukar diubati

Dalam kategori ini, individu boleh menuntut pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan penyakit sukar diubati atau serius sama ada penyakit tersebut dihidapi oleh diri sendiri, pasangan, atau anak.

Individu yang ingin menuntut pelepasan cukai dalam kategori ini perlu menyimpan semua resit rawatan perubatan dan surat perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi tujuan rekod dan dokumentasi.

7. RM2,500 bagi gaya hidup

Perbelanjaan gaya hidup yang dibenarkan untuk menerima pelepasan cukai adalah seperti berikut:

8. RM8,000 bagi SSPN (Tabungan Bersih)

Bagi individu yang mempunyai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), anda boleh menuntut pelepasan cukai.

Pelepasan cukai ini adalah melibatkan tabungan bersih pada tahun 2020 iaitu jumlah simpanan yang ditolak dengan jumlah pengeluaran.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: