Site icon Malaysia now

“I Feel Old” – Lama Tak Dengar Cerita, Netizen Tak Sangka Rupanya Teletubbies Dah Ada Anak

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah melihat cerita kanak-kanak popular Teletubbies bukan?

Cerita ini pernah menjadi fenomena pada satu ketika dulu, jadi tentu sekali anda pernah melalui zaman itu.

Seperti mana yang kita tahu, mereka mempunyai empat watak comel iaitu Tinky Winky, Dipsy, Laa Laa dan Po. Rancangan tersebut bertemakan hiburan dan nyanyian untuk menghiburkan kanak-kanak.

Kembali jadi sebutan bila dapat tahu Teletubbies rupa-rupanya ada anak

Namun, baru-baru ini tular di Twitter apabila netizen menjumpai terdapat rancangan baru yang telah dihasilkan selepas Teletubbies.

Kelihatan ia juga menunjukkan makhluk yang seakan sama seperti Teletubbies tetapi dalam bentuk bayi. Difahamkan rancangan itu dikenali sebagai Tiddlytubbies.

Walaupun posting itu telah lama dikeluarkan, namun ia menjadi persoalan yang hebat dalam kalangan netizen kerana mereka baru saja mendapat tahu berita itu. Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat sahih mengatakan jika Tiddlytubbies itu adalah anak kepada Teletubbies.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

“Where did they all come from?” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut selepas posting tersebut menjadi tular kembali di media sosial.

Malah, ramai yang memberikan pandangan mereka masing-masing. Ada juga yang masih tertanya-tanya dari manakah mereka semua ini muncul? Adakah Teletubbies berkahwin dan sebagainya.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 322 retweets, 1,396 quotes tweets dan 1,234 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Jadi, korang rasa itu anak Teletubbies ke tak?

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: